FAM akui wujud kesilapan teknikal staf pentabiran, tapi sahkan 7 pemain digantung rakyat Malaysia


  • Podium
  • Ahad, 28 Sep 2025

FAM mengakui wujud kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen yang dilakukan oleh kakitangan pentadbiran.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang menunggu keputusan penghakiman penuh daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebelum mengemukakan rayuan mengikut proses dan lunas undang-undang sedia ada.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, pihaknya telah mengenal pasti wujud kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen yang dilakukan oleh kakitangan pentadbiran.

“Persatuan Bola Sepak Malaysia sedang menunggu keputusan penghakiman penuh daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebelum mengemukakan rayuan mengikut proses dan lunas undang-undang sedia ada.

BACA LAGI: Skandal pemain warisan: SPRM tegaskan kesilapan teknikal, bukan kes rasuah

BACA LAGI: Sehari sebelum aksi bertemu Imigresen FC, Kuching City santuni penyokong cilik hidap kanser otak

Kenyataan rasmi daripada FAM berhubung pemalsuan dokumen pemain warisan.

“FAM ingin memaklumkan bahawa kami telah mengenal pasti wujud kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen yang dilakukan oleh kakitangan pentadbiran.

“FAM mengambil serius perkara ini. Walau bagaimanapun FAM ingin menegaskan bahawa para pemain warisan yang terlibat adalah rakyat Malaysia yang sah,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, FAM dan tujuh pemain warisan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

FIFA dalam kenyataannya memaklumkan, FAM didapati menyerahkan dokumen dipalsukan dalam urusan kesahihan kelayakan pemain bagi membolehkan mereka diturunkan dalam perlawanan rasmi.

Tujuh pemain terbabit ialah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel yang beraksi buat skuad kebangsaan dalam dua perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram