
TUNKU Ismail Sultan Ibrahim mempersoalkan tindakan FIFA yang mengenakan hukuman terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung isu melibatkan tujuh pemain warisan.
Dalam satu ciapan di laman X, pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu menyuarakan kesangsian bahawa tindakan itu diambil kerana terdapat unsur tangan entiti asing.
"FAM sudah ikut proses dan kerjasama dengan FIFA dan kerajaan, FIFA pun sudah luluskan sebelum ini, tetapi kenapa keputusan bertukar sekarang?
BACA LAGI: [VIDEO] TMJ 'junior' tunjuk skil, sumbat 2 gol bantu raih kejuaraan di Johor
BACA LAGI: Kelab Kosovo kini sasaran TMJ lepas tak jadi melabur di Sepanyol, manfaatnya tentu buat JDT
"Apa yang berlaku sampai tiba-tiba ada keputusan macam ini? Adakah ada entiti luar yang terlibat mempengaruhi keputusan FIFA?" soal Tunku Ismail.
Hantaran itu dibuat berserta lampiran surat Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Badrul Hisham Alias bertarikh 19 September yang menjelaskan pendaftaran kesemua tujuh pemain tersebut sudah mengikuti prosedur.
Ini termasuk pengesahan menyatakan mereka mempunyai pertalian darah untuk membolehkan masing-masing beraksi buat skuad kebangsaan walaupun gagal memperoleh surat beranak milik datuk atau nenek pemain terbabit.
"Hukuman dijatuhkan tanpa memberi sebab-sebab keputusan. Tambahan lagi, FIFA cepat untuk mengeluarkan keputusan tersebut walaupun proses rayuan belum selesai. Siapakah yang berada di New York?
FIFA mengenakan denda dan penggantungan terhadap pemain dan FAM atas pelanggaran peraturan itu.
"Saya berharap FAM akan membuat rayuan secepat mungkin. Ini adalah surat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara. Takkan kita takut dan nak tunduk dengan individu yang khuatir dengan kebangkitan Harimau Malaya. Lawan tetap lawan. Berani kerana benar," tulisnya.
Pada Jumaat, FIFA mengarahkan badan induk bola sepak negara itu membayar denda berjumlah CHF350,000 (RM1.8 juta) kerana didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC).
Ini selepas tujuh pemain warisan baharu negara didapati memalsukan dokumen untuk memperoleh status berkenaan dengan masing-masing turut dikenakan denda sebanyak CHF2,000 (RM10,560).
Mereka merupakan Joao Figueiredo, Imanol Machuca, Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Jon Irazabal dan Hector Hevel dengan semuanya turut dikenakan penggantungan 12 bulan daripada terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram