
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengesahkan bahawa Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub telah meletakkan jawatan sebagai Presiden FAM.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan rasmi badan induk bola sepak negara yang menyatakan peletakan jawatan berkenaan diterima dengan rasa berat hati oleh Jawatankuasa Eksekutif FAM, selepas Mesyuarat Khas Kedua Penggal 2025-2029 yang diadakan pada Rabu di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Haji Mahadi itu diadakan khusus bagi membincangkan peletakan jawatan Joehari, yang telah menyerahkan surat peletakan jawatan secara rasmi kepada FAM baru-baru ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
MENYUSUL...