
KELAB Johor Darul Ta'zim (JDT) nampaknya tidak membazirkan peluang jendela perpindahan pertama Liga Malaysia (Liga M) apabila difahamkan sudah menandatangani seorang pemain import baharu.
Pemain yang difahamkan sudah didaftarkan sebagai import baharu Harimau Selatan ialah Ager Aketxe selepas bekas majikannya, Real Zaragoza mengumumkan perpindahan berkenaan di laman X pada Ahad.
"Real Zaragoza dan Johor DT mencapai persetujuan dengan perpindahan Ager Aketxe. Terima kasih dan selamat maju jaya, Ager," kata kelab berkenaan.
BACA LAGI: [VIDEO] Baru injak usia 2 tahun, UniSZA Soccer Kids Academy sudah pikat JDT, NFDP
BACA LAGI: JDT asyik menang, mesti gol jika berikan mereka peluang — Yusri Che Lah
Pengumuman daripada kelab La Liga 2 tersebut membuatkan penyokong skuad Harimau Selatan semakin menantikan kehadiran penyerang sayap berusia 31 tahun berkenaan beraksi di Iskandar Puteri.
Pemain yang boleh beraksi di posisi tengah menyerang itu tampil dalam 38 perlawanan untuk Real Zaragoza dengan dia mencetak dua gol dan mencatat tiga bantuan jaringan sepanjang diua musim.
Rekod terbaik pemain berketinggian 1.74 meter berkenaan ketika dia menyarung jersi SD Eibar pada musim 2021 hingga 2024 apabila dia menyumbang 17 gol dan 16 bantuan jaringan dalam 95 perlawanan diturunkan.
El Real Zaragoza y el Johor DT acuerdan el traspaso de Ager Aketxe
Gracias y suerte, Ager
— Real Zaragoza (@RealZaragoza) August 31, 2025
Bukan hanya berpengalaman di saingan divisyen kedua, Aketxe juga pernah bermain di pentas Eropah ketika membantu kelab La Liga, Athletic Bibao dalam kejohanan Liga Europa pada musim 2017/2018.
Selain statistik yang memberangsangkan, Aketxe juga dikenali sebagai pakar sepakan percuma dengan di Sepanyol, namanya cukup sinonim dengan sepakan jarak jauh yang deras dan tepat menggunakan kaki kiri.
Gol-gol menakjubkan pemain itu di LaLiga sering menjadi sorotan media, malah ada yang menyamakan gaya sepakan Aketxe dengan legenda bola sepak, David Beckham dan Marcos Assuncao.
Belum ada pengesahan tentang kecederaan yang dialami Enzo dan tempoh yang diperlukan untuk pulih.
Dengan reputasi tersebut, penyokong JDT pastinya menaruh harapan besar agar Aketxe dapat menjadi senjata baharu Harimau Selatan, terutama dalam situasi bola mati yang sering menjadi penentu kemenangan dalam perlawanan penting.
Bukan itu sahaja, kehadiran Aketxe itu sekurang-kurangnya dapat membantu ketiadaan pemain dari Perancis, Enzo Lombardo yang difahamkan cedera ketika menang 5-0 dalam aksi Piala FA berdepan UM-Damansara United di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada 16 Ogos lepas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram