
SEJAK 2024 menunggu kehadiran sosok penyerang bernama Wilmar Jordan, akhirnya Yusri Che Lah berhasil menggunakan khidmat pemain berkenaan bersama pasukan baharunya iaitu Imigresen FC pada musim ini.
31 Ogos 2025 yang menjadi tarikh terakhir jendela perpindahan pertama Liga Malaysia (Liga M) musim ini berhasil dimanfaatkan sebaiknya oleh skuad The Mighty Tiger apabila mendaftarkan Wilmar sebagai pemain baharu mereka.
Secara umumnya, nama Wilmar mungkin agak asing buat penyokong bola sepak tanah air tetapi, pemain berkenaan sudah lama meniti di bibir penyokong Perak FC dengan dia sepatutnya memperkuatkan jentera serangan The Bos Gaurus (TBG) pada musim lepas.
BACA LAGI: Bekas GK JDT disambut baik fans TBG, tapi 'belang tiga warna' lagi tak sabar tunggu Wilmar Jordan
BACA LAGI: Wilmar Jordan beri hint ucap selamat tinggal, semoga tak jadi jelmaan Obiozor bila ke Perak
Dengan Perak FC musim ini sudah tidak lagi berada dalam mana-mana kejohanan Liga M dek isu kewangan, Yusri yang sudah bertugas sebagai pengendali Imigresen masih menunjukkan minatnya mahu menggunakan kemahiran Wilmar.
Buat yang tertanya-tanya, Wilmar adalah seorang pemain bola sepak profesional dari Colombia dengan pemain dia kini beraksi sebagai penyerang untuk kelab Motagua di Liga Honduras.
Sebelumnya, Wilmar telah melakukan 24 penampilan untuk Chennaiyin FC dalam saingan Indian Super League dengan pemain berketinggian 1.79 berkenaan telah menghasilkan 10 gol serta satu bantuan jaringan.
Rekod terbaik pemain berusia 34 tahun itu adalah ketika bermain untuk Litez Lovech dalam saingan Liga Bulgaria apabila dia mencetak 35 gol dan 11 bantuan jaringan dalam 64 perlawanan diturunkan.
Yusri atau mesra dengan panggilan YCL dalam kalangan penyokong sudah lama mahu merekrut Wilmar. — Facebook/ImigresenFC
Melihat kepada rekod berkenaan, boleh dikatakan Wilmar mempunyai ketajaman yang baik untuk mencari jaringan dan diyakini dia mampu untuk memimpin barisan serangan Imigresen FC pada musim ini.
Musim ini, Imigresen masih belum merekodkan sebarang kemenangan dengan mereka hanya menjaringkan satu gol sahaja iaitu ketika seri 1-1 menentang Kelantan The Real Warrios pada 12 Ogos lepas.
Walaupun belum ada pengumuman rasmi daripada Imigresen FC, Wilmar diharapkan merupakan jawapan kepada isu ketumpulan serangan mereka di awal kempen Liga M musim ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram