[VIDEO] Ghairah buru gol, keletihan punca Selangor mudah bolos babak ke-2 — Razman Roslan


  • Podium
  • Selasa, 26 Ogos 2025

Selangor terpaksa akur pulang hampa tanpa sebarang mata selepas tewas 1-2 di tangan skuad Jang di gelanggang lawan. — MFL

BEKAS pertahanan Selangor FC, Razman Roslan berpendapat keghairahan memburu gol kemenangan serta faktor kecergasan menjadi punca utama skuad Merah Kuning sering dibolosi pada separuh masa kedua dalam saingan awal Liga Super musim 2025/26.

Menurut Razman, berdasarkan pemerhatian terhadap empat perlawanan pertama musim ini, skuad Gergasi Merah menunjukkan corak permainan yang agresif dalam usaha mencari jaringan, namun gagal mengekalkan disiplin bertahan hingga ke penghujung perlawanan.

Statistik menunjukkan bahawa daripada lapan gol yang dibolosi setakat ini, tujuh daripadanya berlaku dalam babak kedua.

BACA LAGI: Bukan hanya sukses atas padang, Kuching City berjaya hidupkan karier 3 bintang

BACA LAGI: Akan ada masanya kita tak menang apa-apa — TMJ

 

 

 

 

Ini termasuk dua jaringan pemain import Jepun, Mio Tsuneyama ketika Selangor tewas 2-3 kepada Negeri Sembilan FC pada Ahad.

"Mungkin dalam keadaan mereka boleh mendapatkan satu mata tetapi dalam keadaan ghairah untuk mencari gol kemenangan, mereka dibolosi.

“Faktor kecergasan juga mungkin menjadi punca. Mereka kelihatan keletihan antara minit ke-75 hingga ke-90 dan apabila penat, fokus mula hilang.

"Masing-masing mula bergantung kepada pemain lain dan akhirnya tiada siapa menjalankan tugas dengan baik," kata Razman ketika menjadi panel program XI Sebelas Utama.

Selangor kini berharap dapat menamatkan rentetan keputusan mengecewakan apabila bakal menerima kunjungan Terengganu FC pada 27 Ogos nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram