
PENGURUS Manchester United, Ruben Amorim dilaporkan giat menyelesaikan baki urusan perpindahan sebelum musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) membuka tirainya hujung minggu ini.
Skuad The Red Devils dijangka menampilkan wajah baharu ketika menentang Arsenal di Old Trafford pada Ahad ini sekiranya pihak pengurusan kelab meningkatkan usaha mendapatkan pemain.
Setakat ini, United telah membelanjakan lebih £200 juta (RM1.14 bilion) pada jendela perpindahan musim panas, namun aktiviti pembelian pemain dilihat belum menunjukkan tanda-tanda perlahan menjelang tarikh tutup pada 1 September.
BACA LAGI: [VIDEO] Tak sangka, tonggak tengah JDT rupanya ‘cikgu’ Bahasa Melayu Fergus Tierney
BACA LAGI: Dilabel sebagai 'good signing', Fergus Tierney miliki kemampuan ganti Saddil Ramdani
Bek tengah, Carlos Baleba dan pertahanan Crystal Palace iaitu Adam Wharton kekal menjadi sasaran utama, manakala masa depan Rasmus Hojlund dan Alejandro Garnacho masih menjadi tanda tanya.
Bagaimanapun, pengendali dari Portugal berkenaan juga berdepan keperluan untuk melepaskan beberapa pemain mereka seperti Jadon Sancho dan Antony bagi membuka ruang kepada pembelian baharu.
Menurut laporan The Telegraph, Brighton meletakkan harga lebih £100 juta (RM572 juta) bagi mendapatkan Baleba, sekali gus melebihi kemampuan semasa United.
Bek tengah Brighton, Carlos Baleba. — Agensi
Difahamkan, kedua-dua kelab belum mengadakan perbincangan mendalam berhubung perpindahan tersebut, malah Brighton tidak menunjukkan minat untuk menjual pemain tengah berusia 21 tahun itu yang cemerlang bersama skuad Fabian Hurzeler musim lalu.
Manchester Evening News pula melaporkan bahawa United mungkin terpaksa mencari alternatif lain sekiranya gagal menjual beberapa pemain sebelum tarikh tutup jendela perpindahan, kerana penjualan tersebut penting untuk memenuhi tuntutan harga yang tinggi.
Pertahanan Crystal Palace, Adam Wharton. — Agensi
Sementara itu, The Independent mendedahkan Wharton dikenal pasti sebagai pilihan kedua selepas Baleba.
Namun, usaha mendapatkan Wharton dijangka lebih sukar memandangkan Presiden Palace, Steve Parish, enggan berunding di tengah risiko kehilangan tonggak utama Marc Guehi dan Eberechi Eze.
United kini berdepan minggu-minggu terakhir jendela perpindahan mencabar, dengan rundingan yang bakal menentukan wajah sebenar skuad Amorim musim ini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram