[VIDEO] Tuah pertama kali main di Malaysia, Kritchanya mahu fokus Maybank Championship 2025


  • Podium
  • Rabu, 13 Ogos 2025

Krichanya mengesahkan slot ke Maybank Championship pada Oktober ini.

MALAYSIA menjadi bumi bertuah buat pemain amatur Thailand yang sedang meningkat naik, Krichanya Kaopattanaskul apabila dinobatkan sebagai juara pusingan Kelayakan Asean Kejuaraan Maybank 2025 pada Rabu di Kuala Lumpur Golf & Country Club, Kuala Lumpur. 

Kejayaan berkenaan semakin diabadikan sebagai memori manis apabila meraih kemenangan pada penampilan sulungnya di Malaysia sekali gus mengesahkan slot ke Maybank Championship 2025, Oktober-November ini.

Kritchanya muncul juara dengan catatan 137 pukulan, tujuh-bawah-par, mengatasi rakan senegara Achiraya Sriwong yang menamatkan saingan di tempat kedua dengan 139 pukulan, lima-bawah-par.

BACA LAGI: Zulaikah Nasser antara 3 bintang wanita Malaysia di posisi terbaik layak ke Kejohanan Maybank 2025

BACA LAGI: Dua wakil negara, pemenang emas Olimpik antara 78 peserta berentap Kejohanan Golf Maybank 2024

Selain itu. tempat ketiga pula menjadi milik juara Kejohanan Terbuka Amatur Wanita Malaysia ke-39 di Kelab Gof Templer Park 2025 iaitu Namo Luangnitikul dengan 144 pukulan, par.

Berkongsi kedudukan keempat ialah Cholcheva Wongras dan Kan Bunnabodee dengan 146 pukulan, dua di atas par.

Manakala, wakil terbaik Malaysia iaitu Ng Jing Xuen dan Genevieve Ling pula menamatkan aksi di tangga keenam bersama dengan 147 pukulan, tiga-lebih-par.

Bagi Kritchanya, kejayaan berkenaan bukan sekadar tiket ke kejohanan lebih besar, tetapi turut disertai detik istimewa apabila dia akhirnya meraih hole-in-one pertama dalam kariernya.

Krichanya (tengah) ketika sesi sidang media Kelayakan Asean Kejuaraan Maybank pada Rabu.

“Saya sangat gembira dapat peluang bermain untuk Oktober ini. Ini kejohanan pertama saya di negara lain, iaitu luar daripada Thailand.

“Sangat seronok bermain di Malaysia lagi-lagi di course ini. Sangat baik dapat bermain di sini. Mungkin perkara paling saya ingati sepanjang bermain di Malaysia ialah mendapat hole in one, yang juga merupakan pertama kali dalam karier.

“Saya senang dapat melakukannya di Malaysia," kata prospek Thailand berkenaan ketika sidang media hari terakhir kejohanan tersebut.

Untuk info, selepas dua pusingan, lima pemain terbaik akan menerima pengecualian automatik ke kejohanan Maybank Championship 2025 yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai US$3 juta (RM13.8 juta), acara LPGA Tour terulung rantau ini yang akan berlangsung dari 30 Oktober hingga 2 November. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram