
SELAIN pengenalan barisan skuad 2025/2026, pelancaran kit baharu pasukan juga menjadi antara yang ditunggu-tunggu penyokong dengan rata-ratanya tidak sabar untuk menyarung jersi baharu kelab kesayangan.
Musim ini menyaksikan pelbagai jersi menarik dilancarkan oleh kelab-kelab Liga Super seperti Selangor FC yang berkolaborasi dengan jenama kesayangan anak muda tempatan, SVG Worldwide untuk jersi ketiga mereka.
Manakala, juara bertahan Liga Super pula iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT) jersi home berwarna biru dan merah yang ikonik, jersi away berwarna merah, serta jersi alternate dalam rona ‘hyper turquoise’ yang telah dilancarkan lebih awal pada 23 Julai lalu.
BACA LAGI: 'Habis duit kami', 1 Sabah mengamuk, Liga Super belum mula lagi MFL dah tukar jadual
BACA LAGI: [VIDEO] Menjelang tirai Liga Super, bintang JDT-Sabah disebut-sebut tunggu masa tinggalkan kelab
Selain dua pasukan gergasi itu, Sabah FC juga membuatkan penyokong tidak sabar menanti kit baharu mereka berikutan Sang Badak kembali bekerjasama dengan pembuat pakaian sukan terkenal dari Jerman, Adidas untuk musim 2025/26.
Ini bukan kali pertama Adidas menjadi penaja pakaian rasmi kelab berpangkalan di Borneo itu beriktan sebelum ini, pembuat pakaian sukan Jerman itu pernah menjadi penaja Sang Badak pada 2011-2013 dan 2015-2016.
Bagaimanapun, penantian menunggu jersi musim ini dikecewakan dengan rekaan yang kurang menarik apabila Sabah FC sekadar diberi template persis kelab lain iaitu pasukan Liga Thailand, True Bangkok United FC.
Garisan tiga baris ikonik adidas yang terletak di bahu baju, dua garisan di tepi lengan baju serta warna merah sebagai jersi utama jelas dua pasukan berkenaan memperoleh template sama.
Jika diteliti, kit baharu skuad The Rhinos dan Bangkok United hanya dibezakan warna seluar berikutan Sabah FC akan menyarung seluar berwarna hitam dan pasukan Thailand itu pula mengekalkan merah sebagai identiti.
Walaupun begitu, jersi baharu The Rhinos itu masih menjadi buruan untuk peminat dan pengumpul jersi Sang Badak dengan ramai pengikut kelab berkenaan sudah mula mendapatkannya di premis berdekatan.
Dalam pada itu, pengenalan jersi Bangkok Angels juga mendapat mencuri perhatian penyokong Indonesia susulan kelihatan bek kiri skuad Garuda iaitu Pratama Arhan dalam video dimuat naik kelab di media sosial.
Untuk info, pemain berusia 23 tahun berkenaan berkelana ke Thailand selepas meninggalkan kelab Korea Selatan, Suwon FC pada jendela kedua perpindahan musim lepas.
Sepanjang separuh musim bersama Bangkok Angels, Pratama diberi kepercayaan untuk tampil dalam 15 perlawanan dengan dua daripadanya saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram