No jersi bakal disarung Benjamin Sesko di Man United


  • Podium
  • Rabu, 06 Ogos 2025

Sesko dilaporkan lebih cenderung memilih untuk menyertai The Red Devils daripada Newcastle United. — Agensi

MANCHESTER United dilaporkan semakin hampir mendapatkan penyerang sensasi RB Leipzig, Benjamin Sesko selepas mencapai persetujuan penuh berhubung terma peribadi pemain itu.

Sumber terdekat kelab mendedahkan, Man United kini yakin dapat melengkapkan urusan perpindahan penyerang muda Slovenia itu sebelum jendela perpindahan musim panas ditutup, dengan hanya persetujuan akhir mengenai jumlah bayaran kepada kelab Bundesliga itu masih dalam perbincangan.

Meskipun Leipzig menerima bidaan mencecah €82.5 juta (RM414 juta) termasuk tambahan €2.5 juta (RM12.5 juta) daripada Newcastle United, Sesko dilaporkan lebih cenderung memilih untuk menyertai The Red Devils.

BACA LAGI : Usia 39 tahun bukan penghalang, bekas import Selangor hampiri perpindahan ke kelab Pantai Timur

BACA LAGI : Pernah dilabel lebih hebat berbanding Arif Aiman, sayangnya Messi-Neymar Malaysia 'karam' angkara cedera dan konsistensi

Media Jerman, Sky Sports melalui wartawannya Florian Plettenberg melaporkan bahawa Man United mengemukakan bidaan baharu yang dipertingkatkan.

Manakala pakar perpindahan terkenal, Fabrizio Romano mendedahkan Sesko mencapai persetujuan penuh dengan kelab dari Old Trafford itu.

Jika perpindahan itu dimuktamadkan, Sesko dijangka menjadi watak utama dalam rombakan barisan serangan United yang dirancang oleh pengurus Ruben Amorim.

Pilihan nombor jersi Sesko jadi perhatian

Sepanjang kariernya, Sesko terkenal dengan jersi bernombor 30 di peringkat kelab dan nombor 11 bersama skuad kebangsaan Slovenia.

Bagaimanapun, kedua-dua nombor tersebut kini sudah digunakan di United, masing-masing oleh Diego Leon dan Joshua Zirkzee.

Sekiranya perpindahan itu direalisasikan, Sesko perlu memilih nombor jersi baharu.

Berikut antara nombor jersi yang berkemungkinan besar masih belum dimiliki pemain lain dan boleh dipertimbangkan:

No.1 – Mungkin agak janggal untuk seorang penyerang, namun bakal tersedia sekiranya Altay Bayindir dijual.

No.9 – Pilihan ideal buat penyerang utama, terutama jika Rasmus Hojlund meninggalkan kelab.

No.12 – Dijangka kosong jika Tyrell Malacia berpindah.

No.14 – Tidak berpenghuni sejak pemergian Christian Eriksen.

No.17 – Boleh menjadi milik Sesko jika Alejandro Garnacho dilepaskan sebelum tarikh tutup.

No.19 – Kosong sejak Raphael Varane meninggalkan kelab secara ejen bebas.

No.20 – Dahulunya milik Diogo Dalot, kini tersedia selepas pertukaran nombor.

No.21 – Pernah dipakai Sesko ketika beraksi bersama FC Liefering; boleh menjadi sentimental.

No.27 – Tidak digunakan sejak Wout Weghorst meninggalkan kelab.

No.28 – Kosong selepas Facundo Pellistri dijual musim lalu.

Peminat kini menanti pengumuman rasmi perpindahan Sesko, yang dijangka memberi nafas baharu kepada jentera serangan Manchester United musim ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram