Kualiti liga merudum kerana hanya dikuasai satu kelab — Legenda Jerman


  • Podium
  • Isnin, 04 Ogos 2025

Bayern Munich pernah menenangi Bundesliga selama 11 kali berturut-turut.

SALAH satu kayu pengukur kepada kejayaan sebuah liga adalah tahap kompetitif dalam merebut kejuaraan saban musim.

Apabila persaingan merebut kejuaraan lebih sengit, ia memberikan naratif yang liga itu menarik dan sentiasa membuatkan penyokong tertarik untuk mengikutinya.

Akan tetapi, apabila liga itu sedikit demi sedikit kurang sengit dalam persaingan merebut kejuaraan, ia akan menjadikan pertandingan tersebut lebih membosankan.

BACA LAGI: Liga A1 jadi tempat berkumpul jurulatih gred Liga Super

BACA LAGI: Apalah guna ada padang diiktiraf FIFA tapi Sri Pahang tidak 'bernyawa' — Penyokong

Bayer Leverkusen berjaya memecah dominasi Bayern Munich pada 2023/2024.

Itu adalah yang difikirkan oleh legenda bola sepak Jerman, Oliver Kahn selepas mendapati saingan domestiknya negara itu iaitu Bundesliga kini sudah hilang serinya.

Hal ini disebabkan dalam tempoh sedekad, Bundesliga cuma menghasilkan dua juara berbeza dengan Bayern Munich menguasai persaingan sebelum Bayer Leverkusen memecahkannya pada 2023/2024.

Bagi Kahn, penguasaan berat sebelah itu mampu memberikan kesan buruk kepada liga untuk jangka masa panjang.

"Apabila Bundesliga cuba bersaing di peringkat antarabangsa, kita sering kalah dengan dua negara (England dan Sepanyol) dari segi kekerapan memenangi piala dan konsistensi. Apa pun, tahap kompetitif dalam Bundesliga seharusnya menjadi kerisauan.

"Kita bercakap mengenai liga yang sering mempunyai juara yang sama, Bayern Munich, yang menjadi juara 12 kali dalam 13 tahun. Ia tidak sihat jika dilihat pada jangka masa panjang. Pada zaman saya bermain, liga lebih terbuka, terdapat lebih pertandingan dan lebih banyak menjadi juara Jerman.

"Sebab itu liga tidak menjadi liga yang adil kebelakangan ini, kerana ia dimainkan sebanyak 34 perlawanan. Di mana keadilan bagi skuad yang bernilai €30 hingga €40 juta menentang pasukan yang skuadnya bernilai €300 juta? Lima pemain simpanan Bayern pun lebih bernilai daripada nilai seluruh skuad yang berada di kedudukan tiga terbawah," ujar Kahn.

Kahn berkata era bola sepak moden yang dipenuhi dengan pelbagai pertandingan untuk pasukan elit membuatkan mereka menerima lebih banyak pendapatan sekali gus menjadi menambah kekuatan untuk bersaing.

Tindakan itu mempunyai kelemahannya apabila ia menjadikan persaingan di peringkat domestik lebih muda dijangka.

"Jurang semakin besar apabila ada pertandingan tambahan seperti Piala Dunia Kelab, di mana kelab-kelab elit memperoleh pendapatan tambahan.

"Sistem ini semakin mengakar, menyebabkan perebutan kejuaraan menjadi boleh dijangka dan oleh itu membosankan," ulas Kahn.

Sebagai perbandingan, situasi yang disuarakan oleh Kahn boleh dilihat di Malaysia apabila saingan Liga Super hanya dikuasai oleh satu kelab iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT) lebih sedekad.

Jurang yang terlalu jauh antara JDT dan kelab-kelab lain di Liga Super sedikit sebanyak menjadikan persaingan mudah diduga dan ada penyokong mula menjauhkan diri daripada mengikut liga tempatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram