Saya banyak belajar sejak mereka sertai Harimau Malaya — Arif Aiman


  • Podium
  • Sabtu, 26 Jul 2025

Arif Aiman (kiri) mengakui permainannya meningkat selepas beraksi bersama barisan pemain warisan baharu negara.

REVOLUSI Harimau Malaya menyaksikan beberapa nama pemain warisan dipanggil untuk mula mewakili skuad kebangsaan.

Dengan impak segera ditonjolkan dari segi keputusan perlawanan, ia turut memberi kesan positif buat permainan salah seorang bintangnya iaitu Arif Aiman.

Kata Arif, kehadiran pemain-pemain warisan Harimau Malaya berjaya membuatkan persembahannya semakin baik sambil menerima ilmu baharu.

BACA LAGI: 'Alhamdulillah', Wan Amirul Afiq sah tinggalkan Kedah, setahun didakwa dianiaya beraksi tanpa gaji

BACA LAGI: Luqman, ikon Kedah dan bek kental JDT berdepan musim ‘revival’ di Liga Super

Barisan pemain warisan baharu Malaysia berjaya meningkatkan kualiti pasukan.

"Bagi saya, pemain yang hadir ke skuad Harimau Malaya terutamanya pemain warisan, banyak memberikan bantuan terutamanya pengalaman kerana mereka sudah beraksi di peringkat tertinggi di luar negara.

"Sejak mereka menyertai Harimau Malaya, saya banyak belajar daripada mereka, bukan dari segi corak permainan sahaja tetapi mental, fizikal dan pemikiran. Ia bagus untuk saya," jelas Arif kepada media pada Sabtu. 

Bagi Arif yang bermain untuk Johor Darul Ta'zim (JDT), kehadiran lebih ramai pemain warisan dalam skuad negara bukan saja memberikan keuntungannya kepada dirinya semata-mata.

Sebaliknya, pemain-pemain turut menerima impak serupa dan boleh belajar sesuatu daripada mereka.

"Perkara ini amat bagus untuk saya, dan ia bukan untuk saya sahaja tetapi pemain-pemain tempatan yang lain untuk dapatkan pengalaman lebih berharga.

"Ia perlu untuk meningkatkan kualiti bola sepak negara," ujar Arif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram