'Alhamdulillah', Wan Amirul Afiq sah tinggalkan Kedah, setahun didakwa dianiaya beraksi tanpa gaji


  • Podium
  • Sabtu, 26 Jul 2025

Wan Amirul Afiq meninggalkan Kedah Darul Aman selepas 2.5 tahun bersama.

BEKAS pemain Kedah Darul Aman FC, Wan Amirul Afiq meninggalkan kelab itu dengan penuh kedukaan selepas dia berasakan dirinya "dianiaya" oleh pengurusan berkait pembayaran gaji.

Dalam perkongsiannya dia media sosial, Amirul Afiq menyiarkan semula (repost) apa yang dikatakan oleh isterinya menerusi Instagram Story mengenai tempoh dua tahun di Kedah yang penuh seksa.

BACA LAGI: Luqman, ikon Kedah dan bek kental JDT berdepan musim ‘revival’ di Liga Super

BACA LAGI: 'Luaskan kuasamu Johor', artis jelita Jepun promosi single pertama K-Pop sambil sarung jersi JDT

Perkongsian Amirul Afiq di media sosial mengenai pemergiannya dari Kedah.

"Terima kasih Kedah, untuk dua tahun setengah, begitu banyak kenangan pahit daripada manis di sini.

"Dianiaya tanpa dibayar gaji setahun, dianiaya pula pada tangan manusia yang pegang pasukan baharu. 

"Tak minta banyak, ya ALLAH kau balaslah mereka yang menganiaya kami sehingga pada saat itu doa ibu kamu pun tak dapat tolong," kata isterinya.

Amirul Afiq yang repost Instagram Story itu hanya mengucapkan syukur kerana buat masa ini, segalanya sudah berakhir buatnya walaupun gaji masih tertunggak.

"ALHAMDULILLAH," kata Amirul Afiq ringkas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram