Saya letak mindset tidak berasa diri lebih dari sesiapa — Arif Aiman


  • Podium
  • Sabtu, 26 Jul 2025

Arif (depan) sentiasa merendah diri setiap kali beraksi.

PEMAIN sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman mengakui yang dia perlu memastikan tahap mentalnya pada peringkat tertinggi untuk terus beraksi cemerlang.

Kata pemain sayap Harimau Malaya itu, kejayaanya meraih gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Super bagi empat musim berturut-turut tidak akan berlaku tanpa menanam perasaan mendabik dada ketika beraksi.

Bagi Arif, ia bukannya satu perkara yang mudah untuk menjadi MVP seperti yang dikatakan ramai.

BACA LAGI: Luqman, ikon Kedah dan bek kental JDT berdepan musim ‘revival’ di Liga Super

BACA LAGI: 'Luaskan kuasamu Johor', artis jelita Jepun promosi single pertama K-Pop sambil sarung jersi JDT

Arif (kiri) dipilih sebagai duta jenama Puma dalam satu majlis di Subang Jaya, Selangor pada Sabtu.

"Mungkin pendapat penyokong bola sepak menanggap kejayaan saya menjadi MVP empat kali berturut-turut satu perkara yang senang untuk saya lakukan, mungkin orang ingat senanglah.

"Tapi, setiap apa yang saya buat, saya rasa, saya letakkan dalam mindset saya untuk tidak berasa diri ini lebih baik daripada siapa-siapa," ujarnya kepada media pada Sabtu. 

Walaupun kini dianggap sebagai salah seorang bintang dalam bola sepak Malaysia, Arif masih lagi dalam impian untuk mencapai tahap sebagai pemain berjaya.

Apa yang penting bagi Arif adalah untuk kekal menjadi diri sendiri tanpa terikut-ikut orang lain.

"Saya cuma ingin jadi diri sendiri, dan sasaran peribadi saya adalah ingin menjadi pemain bola sepak yang berjaya di dunia ini," komennya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram