Tinggalkan kelab yang sama, siapa sangka 'jodoh' kembali bertaut bersama kelab berbeza


  • Podium
  • Sabtu, 26 Jul 2025

Fazly Mazlan kembali bersatu dengan kelab lama selepas menyertai semula Selangoir FC musim ini. — Facebook/Selangorfc

 

 

DALAM dunia bola sepak, pertemuan semula antara bekas rakan sepasukan di kelab baharu bukan lagi satu kebetulan, sebaliknya menjadi antara naratif menarik yang mewarnai perjalanan karier pemain.

Kisah ‘jodoh’ semula di padang ini sering mencetuskan detik penuh emosi dan nostalgia, bukan sahaja buat pemain tetapi turut menyentuh hati para penyokong yang mengikuti rapat perjalanan mereka.

Fenomena itu turut berlaku dalam saingan Liga Malaysia apabila beberapa bekas rakan sepasukan yang pernah mengharungi suka duka bersama kembali disatukan kali ini dalam warna jersi berbeza.

BACA LAGI: "Pemain keletihan melampau', PSM kesal jadual Piala Raja Thai terlalu padat sampai ada yang cedera

BACA LAGI: [VIDEO] Pernah belajar bahasa Melayu bersama Tae-su, bekas bintang Sabah FC umum gantung but

Menariknya, mereka bukan sahaja meninggalkan kelab lama secara serentak, tetapi akhirnya dipertemukan semula dalam pasukan baharu, memperkuatkan lagi hubungan di atas padang dan semangat berpasukan.

Oleh itu, Majoriti menyenaraikan tiga pasangan pemain yang menjadi tumpuan selepas kembali bergandingan dalam kancah bola sepak membuktikan bahawa dalam bola sepak, ‘jodoh’ itu sering datang tanpa diduga.

1. Jese Rodriguez dan Jonathan Viera

Jese Rodriguez dan Jonathan Viera kini kembali bersatu di bawah kelab yang sama, iaitu kelab LaLiga2, UD Las Palmas, selepas kedua-duanya meninggalkan Johor Darul Ta'zim (JDT).

Jonathan Viera kembali menyertai Las Palmas pada musim 2025/2026 dengan kontrak sehingga Jun 2026, menandakan penglibatannya yang kelima bersama kelab tersebut.

Sebelum ini, Viera merupakan pemain penting dalam sejarah Las Palmas dengan 265 perlawanan dan 77 gol, serta membawa kelab itu naik ke La Liga sebanyak dua kali.

Kedua-dua tonggak JDT itu kini beraksi di kelab yang sama di Sepanyol. JST

Jese pula diumumkan kembali menyertai UD Las Palmas pada Julai 2025, menyertai pasukan dalam persiapan pra-musim mereka.

Ini menandakan babak baru dalam karier kedua-dua pemain yang pernah bergandingan sebelum bersama skuad Harimau Selatan kini kembali beraksi bersama di Sepanyol selepas detik berpisah di Malaysia, simbolik jodoh mereka yang kembali bertaut dalam dunia bola sepak.

2. Ilham Armaiyn dan Evan Dimas

Dua bintang dari Indonesia, Ilham Udin Armaiyn dan Evan Dimas pernah bersama-sama mengukir kejayaan di Bhayangkara FC sebelum membuat langkah berani meninggalkan kelab tersebut pada waktu yang hampir serentak.

Pada Disember 2017, kedua-dua pemain itu menandatangani kontrak selama satu tahun dengan pasukan Selangor FC bagi saingan Liga Super.

Perpindahan itu bukan sahaja membuka lembaran baharu dalam karier mereka, malah menyaksikan jodoh mereka kembali bertaut apabila beraksi bersama dalam satu pasukan di luar negara.

Dua bintang Indonesia berhijrah ke Malaysia dengan menyertai Selangor FC.

Mereka membuat penampilan dalam saingan Liga Super Malaysia 2018 dan mencatatkan prestasi yang memberangsangkan.

Di Bhayangkara FC, Ilham dan Evan merupakan pemain utama yang membantu kelab itu meraih kejuaraan Liga 1 Indonesia 2017.

3. Petrus Shitembi dan Tchetche Kipre

Kuching City FC pernah menjadi gelanggang yang mana Petrus Shitembi dan Tchetche Kipre beraksi bersama selepas masing-masing meninggalkan Terengganu FC.

Walaupun perpindahan mereka ke Kuching berlaku pada musim berbeza, kedua-dua pemain tersebut sempat beraksi bersama selama satu musim penuh sebelum Shitembi membuat keputusan untuk terus kekal bersama Kuching City.

Manakala, Kipre yang merupakan penyerang berpengalaman dari Ivory Coast, mengesahkan perpindahan ke Penang FC bagi menghadapi musim 2025/2026.

Dua bekas tonggak Sang Penyu itu sebelum ini pernah beraksi bersama di Kuching City.

Sepanjang musim 2024/25, Tchetche Kipre mencatatkan prestasi membantu Kuching City menamatkan liga di tangga keempat dengan 25 penampilan, lima gol dan tujuh bantuan gol.

Kini, dengan cabaran baharu di Penang, Kipre pastinya berazam untuk terus menunjukkan kemampuannya dan membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk bersaing di tahap tertinggi Liga Malaysia.

Sementara itu, Shitembi kekal memperkuat Kuching City dan menjadi antara pemain penting pasukan dalam usaha mereka menghadapi musim baharu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram