[VIDEO] Umpan aiskrim, sarjan tentera direman 5 hari disyaki cabul budak perempuan di Melaka


  • Kes
  • Jumaat, 25 Jul 2025

Menurut sumber, perbuatan suspek terbongkar apabila diadukan mangsa kepada ibunya di rumah mereka.

 

 

POLIS menahan reman anggota tentera berpangkat sarjan selama lima hari kerana disyaki mencabul kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, Januari lalu dalam kejadian yang berlaku di Melaka.

Majistret Dr Teoh Shu Yee membenarkan suspek, 32, direman bermula Jumaat hingga 29 Julai untuk polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

Menurut sumber, perbuatan terkutuk suspek terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya di rumah mereka pada 9 Julai lalu.

BACA LAGI: KEMAS KINI: Ramai ingat isteri, tapi yang terlibat kemalangan mama saya — Khuzaimi Piee

BACA LAGI: [VIDEO] Affifudin Razali terpaksa lupakan Piala Raja Thai, Azlan Alias disebut jadi pengganti

"Mangsa mendakwa insiden cabul tersebut berlaku pada waktu petang Januari lalu ketika dia sedang berjalan pulang dari tadika.

"Suspek yang dikenal pasti sebagai individu yang dikenali oleh kedua-dua ibu bapanya didakwa telah menghampiri mangsa sebelum membawanya bersiar-siar menaiki kereta di kawasan taman perumahan mereka," katanya.

Sumber turut memaklumkan bahawa mangsa mendakwa kejadian itu bukan yang pertama berlaku.

Malah, suspek dikatakan kerap mengumpan mangsa dengan aiskrim sebelum melakukan perbuatan tidak bermoral itu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram