
STADIUM Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bukan lagi eksklusif untuk skuad lelaki Harimau Malaya apabila Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengarahkan gelanggang berprestij itu turut dibuka kepada skuad wanita kebangsaan, Malayan Tigress.
Arahan tersebut disampaikan kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bagi memastikan pasukan kebangsaan wanita juga mendapat peluang yang sama untuk menggunakan fasiliti bertaraf antarabangsa itu, sama ada untuk sesi latihan mahupun perlawanan, sekiranya tidak digunakan oleh pasukan lelaki.
“Saya telah mengarahkan Perbadanan Stadium untuk pastikan pasukan kebangsaan wanita juga diberikan peluang menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil jika Harimau Malaya tidak bermain,” katanya selepas ditemui Majlis Pelancaran Liga Wanita Kebangsaan (LWN) di ibu negara pada Khamis. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
MENYUSUL...