Isu Jalur Gemilang dipangkah, FAM sudah hubungi AFC — Joehari


  • Podium
  • Khamis, 24 Jul 2025

Tangkap layar sekumpulan penyokong Indonesia dikesan mengibarkan Jalur Gemilang yang dipangkah. — Gambar/Facebook Orang Awam

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub menegaskan pihaknya sudah mengambil langkah segera berhubung isu Jalur Gemilang yang dipangkah dalam aksi peringkat kumpulan Piala Asean Bawah 23 tahun (B-23) menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia. 

Joehari berkongsi bahawa mengadakan komunikasi rasmi bersama Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF).

BACA LAGI: Saya tak boleh jamin Fazly Mazlan ada tempat di Selangor — Kinoshi

BACA LAGI: Beri isyarat tiada bintang lokal baharu, Selangor FC fokus gilap bakat 'ubi' sedia ada

Beliau menegaskan bahawa FAM memandang serius tindakan tidak wajar itu dan tidak sama sekali menyokong sebarang bentuk penghinaan terhadap simbol negara, sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

“Kita sekarang sudah berhubung dengan AFF dan juga AFC. Perkara ini sesuatu yang kita lihat dengan sangat serius. Kita tidak merestui atau menyokong sama sekali tindakan sebegini,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Pelancaran Liga Wanita Nasional (LWN) 2025 di ibu kota pada Khamis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

MENYUSUL...