
SAINGAN Liga A1 Semi Pro 2025/2026 pentas kebangkitan terbaik buat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk terus berada dalam saingan liga bola sepak tanah air.
Menyedari bukanlah tugas yang mudah melihatkan 'sekatan perpindahan pemain', skuad bimbingan Azzmi Aziz tetap menaruh kepercayaan buat barisan pemain muda untuk membuktikan sesuatu.
Tegasnya, Liga A1 adalah pentas terbaik buat pasukannya untuk bangkit dan melupakan kisah silam yang dialami pasukan.
BACA LAGI: Ngah Wanja mampu cipta nama sebaris 3 awang hitam digeruni di bumi Borneo
BACA LAGI: Dion Cools tak panik, terima keputusan FAM tarik diri Piala CAFA
“Kami kena realistik dengan situasi semasa pasukan, enggan meletakkan janji dengan apa yang dilalui pasukan ketika ini (sekatan perpindahan pemain)”.
“Bermain dihadapan penyokong yang ramai juga antara elemen yang perlu dihadapi pemain-pemain muda dalam pasukan, bagi saya ia bukanlah mudah namun tidak mustahil dilakukan,” ujarnya kepada AFL.
Ketua Jurulatih KDA FC, Azzmi Aziz. — Facebook/AFL
Bekas pengendali Sang Saka Biru berkenaan turut mengakui skuadnya dibarisi majoriti pemain-pemain muda dengan hanya beberapa pemain berpengalaman dalam pasukan.
“Saya rasa kita mampu bersaing cuma kita ada sedikit kekurangan tentang pemain import yang dilihat antara faktor utama, tanpa pemain import kita akan berdepan dengan halangan, penyudahan kurang berkesan.
“Kita kena realistik dengan apa yang ada dalam pasukan, beberapa siri perlawanan persahabatan yang dihadapi sebelum ini memberikan ruang untuk kami terus memperbaiki kelemahan-kelemahan.
“Dari segi stamina dan kerjasama saya yakin pemain-pemain muda tempatan mampu mengatasinya dan memberikan impak dalam pasukan,” katanya yang meletakkan sasaran peribadi menamatkan saingan di kelompok 10 terbaik. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram