
ARENA permainan video bola sepak dikejutkan dengan pengumuman daripada pembangun terkenal, Electronic Arts (EA), yang bakal menamatkan sokongan dalam talian (server) untuk permainan FIFA 23 pada 12 Disember ini.
Menurut kenyataan rasmi EA, penamatan server itu adalah sebahagian daripada strategi syarikat untuk menghentikan permainan-permainan lama yang kurang berprestasi bagi memberi tumpuan kepada francais baharu yang lebih menguntungkan seperti EA Sports FC.
FIFA 23 merupakan edisi terakhir siri popular itu yang membawa jenama rasmi FIFA, sebelum peralihan kepada EA Sports FC (EAFC) ekoran kegagalan rundingan lesen antara EA Sports dan badan induk bola sepak dunia, FIFA.
BACA LAGI : Pentingnya AED, pilu hati lihat 4 bintang bola sepak termasuk Firos, meninggal dunia ketika beraksi
BACA LAGI : Ex-striker Sabah tiada rezeki di Vietnam, 3 kelab termasuk Kuching City boleh jadi majikan baharu
Berita penamatan itu turut mengundang rasa kecewa dan nostalgia dalam kalangan peminat setia permainan tersebut, terutamanya peminat tempatan yang pernah berbangga melihat kelibat pemain negara menghiasi padang maya FIFA 23.
Tidak seperti permainan eFootball yang masih menawarkan pengalaman berpasukan kebangsaan Malaysia secara konsisten, FIFA 23 pernah memberi peluang kepada peminat untuk menggunakan beberapa bintang Harimau Malaya dalam mod permainan mereka.
Antara pemain kebangsaan yang pernah tersenarai dalam siri FIFA termasuk:
1. Dion Cools (FIFA 23)
Cools kini beraksi bersama kelab Jepun, Cerezo Osaka selepas meninggalkan Buriram United di Thailand.
Bekas kapten Harimau Malaya, Dion-Johan Cools pernah berada dalam beberapa edisi permainan video EA.
Dion Cools berada dalam tiga edisi permainan video EA iaitu bersama kelab yang berbeza iaitu FIFA 20 (Club Brugge), FIFA 22 (Zulte-Waregem) dan FIFA 23 (FC Midtjylland).
Cools merupakan antara pemain yang mendapat rating tinggi daripada EA apabila pernah berada di kelompok 70 dan ke atas.
Rating Cools dalam FIFA 23.
Namun dalam edisi terakhir FIFA 23, Cools mendapat rating 69 sebelum hilang daripada permainan video tersebut selepas perpindahannya ke FK Jablonec di Republik Czech.
Kehadirannya di FIFA 23 memberi ruang kepada pemain tempatan muda untuk merasa bangga apabila melihat nama Malaysia terpampang dalam senarai pemain Asia.
Ia sekali gus menjadi motivasi buat generasi muda bahawa pemain tempatan juga mampu bersaing di pentas antarabangsa bukan sahaja di padang sebenar, malah di alam maya permainan global.
Untuk rekod, Cools kini beraksi bersama kelab Jepun, Cerezo Osaka selepas meninggalkan Buriram United di Thailand .
2. Liridon Krasniqi (FIFA 22)
Liridon Krasniqi juga pernah tersenarai dalam dua edisi permainan EA iaitu pada FIFA 21 dan FIFA 22.
Pemain naturalisasi kebangsaan, Liridon Krasniqi juga pernah tersenarai dalam dua edisi permainan EA iaitu pada FIFA 21 dan FIFA 22.
Pemain naturalisasi kelahiran Kosovo itu dikenali dengan gaya permainan agresif dan kemampuan mengawal tempo permainan di bahagian tengah.
Di dalam FIFA 21, Liridon mewakili kelab Australia, Newcastle Jets FC menerusi kontrak pinjaman daripada Johor Darul Ta'zim (JDT) yang menyaksikan dia diberi rating 61 ketika itu.
Rating Liridon dalam FIFA 22.
Manakala dalam edisi FIFA 22, Liridon menyertai kelab India, Odisha FC dan tiada perubahan rating buat pemain kelahiran Kosovo itu.
Liridon juga diberi atribut kekuatan dan stamina yang tinggi, menjadikannya sesuai untuk peranan box-to-box midfielder.
Bagi peminat tegar yang membesar dengan francais FIFA, aksi bintang Harimau Malaya seperti Dion Cools dan Liridon Krasniqi dalam permainan itu tetap akan terpahat dalam ingatan sebagai detik kebanggaan yang sukar dilupakan.
Dunia mungkin berubah, tetapi kenangan bola di padang maya akan sentiasa kekal dalam hati peminatnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram