Safee Sali umum letak jawatan, legenda Selangor calon sesuai terajui PFAM


  • Podium
  • Jumaat, 27 Jun 2025

Safee mengambil alih kepimpinan PFAM pada 2021.

BEKAS penyerang kebangsaan, Safee Sali mengumumkan peletakan jawatannya sebagai presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM).

Safee yang kini sudah berusia 41 tahun itu menyatakan keputusannya menerusi Instagram dengan menjelaskan bahawa sudah tiba masanya untuk generasi muda memimpin.

BACA LAGI: Bek kiri 'flop' Selangor, bekas bintang buruan DPMM dalam radar kelab Pantai Timur

BACA LAGI: Masih belum ada kelab, Penang-Selangor-Kuching City boleh rekrut bintang warisan tak jadi

"Keputusan ini tidak datang dengan mudah, tetapi saya percaya sudah tiba masanya untuk saya mengetepikan dan membenarkan generasi muda mendahului.

"Saya amat percaya bahawa memperkenalkan perspektif baharu dan idea inovatif adalah penting untuk pertumbuhan dan pembangunan bola sepak yang berterusan di peringkat global.

"Ia adalah satu penghormatan untuk berkhidmat dalam kapasiti ini, dan saya berbangga dengan apa yang telah kami capai bersama sepanjang tempoh saya," katanya pada laman Instagram pada Jumaat.

Safee mengambil alih kepimpinan PFAM pada 2021 dibantu oleh seorang lagi bekas pemain kebangsaan, Razman Roslan yang berkhidmat sebagai timbalan presiden.

 

 

Timbalan Presiden PFAM iaitu Razman dilihat sebagai calon paling sesuai untuk menggantikan Safee Sali sebagai Presiden baharu persatuan berkenaan.

Razman merupakan bekas pemain kebangsaan dan juga figura berpengaruh dalam dunia bola sepak dengan legenda Selangor FC itu masih aktif menyuarakan pendapatnya mengenai bola sepak tempatan.

Kepimpinannya yang matang serta pengalaman luas dalam arena bola sepak profesional menjadikan Razman pilihan utama dalam meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Safee. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram