'Itu semua tipu,' bintang LaLiga nafi berdarah warisan


  • Podium
  • Isnin, 23 Jun 2025

Mikel Jauregizar menafikan ada pertalian darah dengan Malaysia. — Agensi

REVOLUSI Harimau Malaya kini sedang berjalan dengan baik apabila skuad kendalian Peter Cklamovski berjaya meraih dua kemenangan dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027.

Dengan kehadiran beberapa nama-nama pemain warisan baharu, belum ada tanda-tanda revolusi itu akan berakhir dalam masa terdekat.

Hal ini kerana, masih ramai pemain yang beraksi di luar negara sudah mula dikenal pasti mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.

BACA LAGI: Jaga-jaga Selangor, Kedah-TFC ada sejarah import Thai 'flop' di Liga Super

BACA LAGI: Maaf Indonesia! Revolusi Harimau Malaya mula buahkan hasil, 'sparring' bertemu Iran-Uzbekistan

Mikel Jauregizar beraksi untuk skuad B-21 Sepanyol di Kejohanan Eropah B-21. — Agensi

Salah satu pemain tersebut adalah bintang muda Sepanyol, Mikel Jauregizar yang kini beraksi dengan kelab LaLiga, Athletic Club.

Pemain tengah itu sekarang ini sedang bersama skuad bawah 21 (B-21) tahun Sepanyol beraksi di Kejohanan Eropah B-21. Namun begitu, perjalannya bersama Sepanyol berakhir selepas mereka kalah 1-3 kepada England di suku akhir.

Dia kitakan mempunyai darah warisan dengan Malaysia. Namun begitu, Jauregizar secara terbuka menafikan dakwaan itu.

Memetik laporan di Sepanyol, Jauregizar menafikan hal itu dengan mengatakan dakwaan tersebut adalah satu penipuan dan tidak berasas.

"Semua orang boleh buat cerita apa saja.

"Ia mustahil (untuk mewakili Malaysia), ia adalah penipuan. Kawan saya ada tunjukkan yang media di sana membuat cerita yang saya ada pertalian darah dengan Malaysia," ujarnya.

Dengan penafian ini, ia menjawab spekulasi sama ada Jauregizar benar-benar mempunyai darah Malaysia atau tidak.

Situasi serupa berlaku sebelum ini apabila dua penyerang iaitu Freddie Druijf dan Josh Brownhill dikaitkan dengan Malaysia namun mereka menafikan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram