
BEKAS pemain Sri Pahang, Muhamad Baqiuddin Shamsudin kini sah bergelar pemain Terengganu FC (TFC) bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan selepas diumumkan secara rasmi menyertai skuad Penyu.
Penyertaan pemain sayap lincah itu nyata menggembirakan penyokong, namun dalam masa sama turut mencetus harapan agar sepupunya yang juga tonggak utama Tok Gajah, Nor Azam Azih, dapat menyusul ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bagi memperkuat barisan tengah TFC.
Baqiuddin, yang sebelum ini beraksi bersama Sri Pahang, sah menyarung jersi hitam putih selepas TFC mengumumkan secara rasmi kehadirannya sebagai salah satu muka baharu dalam usaha memperkukuh skuad kendalian Badrul Afzan Razali pada Isnin.
BACA LAGI : Masih ada kekosongan, 3 lagi bintang import termasuk Park Tae-su boleh jadi sasaran Kuching City
BACA LAGI : Lepas kiper JDT, ada 3 lagi bintang boleh jadi sasaran Kuching City termasuk penyerang Sabah
Menariknya, kehadiran pemain sayap lincah itu mengundang spekulasi dan harapan dalam kalangan penyokong yang mahu melihat gandingan sepupu itu kembali bersatu, kali ini di bumi Terengganu.
"Adjust buat mari (bawa juga) sepupu dia sekali..Azam Azih," tulis Ezaq Kamil di laman sosial kelab, sambil disambut beberapa komen yang menyokong cadangan tersebut.
Azam Azih terus menjadi antara watak utama dalam skuad Sri Pahang meskipun tidak mencatat sebarang jaringan atau bantuan gol.
Azam Azih yang kini masih bersama Sri Pahang merupakan antara pemain tengah terbaik negara dan pernah digandingkan bersama Baqiuddin dalam skuad Tok Gajah sebelum ini.
Untuk rekod, pada musim lalu, Azam Azih terus menjadi antara watak utama dalam skuad Sri Pahang meskipun tidak mencatat sebarang jaringan atau bantuan gol.
Pemain berusia 30 tahun itu membuat 13 penampilan dalam Liga Super, beraksi selama 942 minit, sekali gus membuktikan peranannya masih penting dalam struktur taktikal pasukan kendalian Fandi Ahmad.
Meskipun sumbangan secara statistik agak terhad, Azam kekal sebagai ‘nadi’ di bahagian tengah dengan kawalan permainan yang stabil, hantaran berkualiti dan disiplin tinggi dengan hanya satu kad kuning direkodkan sepanjang musim.
Pengalaman serta kecerdasan taktikal yang dimilikinya menjadikan dia antara pemain yang terus diharapkan untuk mengawal tempo dan keseimbangan pasukan.
Sekiranya menjadi kenyataan, kehadiran dua pemain itu dijangka mampu memperkukuh kreativiti di jentera tengah dan serangan TFC yang sedang bersiap menghadapi cabaran Liga Super 2025. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram