Ramalan ChatGPT: Tenggelamnya bahtera Man United, Liverpool-Arsenal hidupkan ‘title race’ EPL selepas 5 aksi pertama


  • Podium
  • Jumaat, 20 Jun 2025

Arsenal, Liverpool dan Man United mempunyai laluan mencabar pada permulaan EPL

JADUAL bagi musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah pun diumumkan pada Rabu dengan kesemua 20 kelab sudah mengetahui siapakah lawan mereka.

Beberapa kelab seperti Manchester United, Liverpool dan Arsenal mempunyai lima aksi pertama yang menarik untuk disaksikan. Persoalannya, berapakah mata yang akan mereka kutip daripada lima aksi itu?

Majoriti bertanya kepada ChatGPT untuk melihat berapakah mata akan diperoleh setiap kelab dan di kedudukan berapa akan mereka huni selepas lima perlawanan pertama.

BACA LAGI: 'Make or break', 3 bintang muda Selangor perlu pastikan musim cemerlang elak ditunjuk pintu keluar

BACA LAGI: Bukan sekadar 'squad depth', Selangor perlukan bintang muda, cabar posisi pemain import — Akmal Rizal

Manchester United

Salah satu kelab yang menerima permulaan sukar bagi musim baharu EPL adalah Manchester United.

Mungkin akibat kerana menduduki tangga ke-15 musim lalu, skuad Ruben Amorim bakal memulakan musim dengan menentang Arsenal di tempat sendiri.

Musim penuh pertama Ruben Amorim bersama United dilihat mencabar.

United kemudiannya akan menentang Fulham, Burnley, Manchester City dan Chelsea dengan tiga daripada aksi itu adalah di laman sendiri.

Mengikut ramalan ChatGPT, United dijangka akan mengalami waktu sukar pada lima aksi pertama dengan mereka mungkin sekadar mengutip lima mata. Kutipan mata itu mungkin meletakkan United di kedudukan ke-15 hingga 18 dalam liga.

Liverpool

Juara bertahan Liverpool, juga mempunyai lima lawan pertama yang menarik untuk disaksikan pada musim baharu.

Skuad Arne Slot memulakan cabaran mempertahankan kejuaraan liga di laman sendiri dengan mereka berdepan Bournemouth di laman sendiri.

Mohamed Salah pastinya akan memberi ancaman di bahagian serangan Liverpool.

The Reds kemudiannya empat lawan sukar iaitu Newcastle United, Arsenal, dan Burnley termasuklah musuh tradisi, Everton di laman sendiri pada aksi kelima.

Sungguh pun begitu, ChatGPT menjangkakan Liverpool tiada masalah untuk tampil cemerlang dengan The Reds mungkin mendapat 13 mata hasil empat kemenangan dan satu seri. Kutipan itu cukup untuk kedudukan tiga terbaik.

Arsenal

Mikel Arteta dan Arsenal sekali lagi akan meneruskan misi mendapatkan kejuaraan selepas tiga kali terpaksa menjadi naib juara.

Namun begitu, mereka tidak diberikan laluan mudah dalam lima aksi pertama dengan seteru, Manchester United menanti mereka di Old Trafford.

Arsenal perlu konsisten untuk memastikan gelaran liga dalam tangan.

Arsenal kemudiannya perlu berdepan Leeds United, Liverpool, Nottingham Forest dan Manchester City.

Cabaran sukar itu dijangka akan membuatkan Arsenal hanya mampu meraih tujuh mata dan meletakkan mereka di kedudukan pertengahan liga. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram