
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) memilih untuk berpisah dengan pemain tengah berpengalaman iaitu Safiq Rahim menjelang musim baharu 2025/2026.
Selepas sedekad bersama Harimau Selatan, Safiq perlu mencari kelab baharu untuk meneruskan kariernya yang penuh gemilang.
Walaupun sudah berusia 37 tahun, pengalaman dan kualitinya masih berada pada tahap baik dan tidak hairan jika ada kelab masih mahukannya.
BACA LAGI: Aguero, tonggak Sabah-Penang antara pemain 'nakal' paling banyak dilayangkan kad kuning
Selangor FC
Ia mungkin satu perkara yang tidak boleh dijangka namun Safiq boleh merencana kepulangan semula ke kelab lamanya iaitu Selangor FC.
Semasa bersama Gergasi Merah, Safiq muncul sebagai pemain tengah berkualiti sehingga pernah diangkat sebagai ketua pasukan.
Safiq (depan) pernah menjadi ketua pasukan Selangor.
Mungkin kepulangannya ke Selangor akan memberikan reaksi pelbagai oleh penyokong lebih-lebih faktor usianya, barang kali lebih baik pengurusan mendapatkan pemain lebih muda.
Namun, Safiq mungkin boleh meneruskan perjuangan yang tidak selesai di Selangor sebelum dia memilih untuk bersara.
Melaka FC
Selain Selangor dan JDT, Safiq juga pernah bermain di satu lagi kelab Selatan iaitu Melaka United FC pada 2019.
Namun begitu, dengan pembubaran Melaka United, Safiq boleh kembali untuk berbakti kepada bola sepak negeri itu dengan menyertai Melaka FC.
K. Devan
Melaka FC merupakan muka baharu Liga Super selepas mereka bertanding dalam Liga A1 musim lalu. Sudah pasti, mereka mahu membawa skuad terbaik untuk bertanding dengan muka-muka lama Liga Super.
Dengan K. Devan berada di situ sebagai jurulatih, mungkin dia boleh memainkan peranan dalam menyakinkan Safiq kembali berbakti kepada Melaka.
Gantung but
Jika tiada kelab yang berjaya memikat Safiq, barangkali pilihan yang baik untuknya adalah terus menamatkan karier profesionalnya.
Safiq juga sudah dianggap sebagai antara pemain handalan tempatan di era moden dengan pelbagai kejayaan diraihnya di peringkat domestik serta antarabangsa.
Safiq antara pemain tengah terbaik negara.
Malah, Safiq akan terus dikenang sebagai satu-satunya ketua pasukan Harimau Malaya yang berjaya menjulang Piala Asean semasa 2010 menewaskan Indonesia.
Pilihan nyata di tangan Safiq, sama ada terus bermain atau cuba menceburkan diri dalam bidang kejurulatihan atau analisis, hanya tunggu dan lihat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram