
SELAMA ini, pemain Sri Pahang FC, Azam Azih begitu sukar untuk lunturkan kesetiaannya kepada Tok Gajah.
Walaupun sebelum ini pelbagai kelab cuba melamarnya sebelum ini, namun Azam sentiasa setia bersama-sama Sri Pahang sehingga sekarang.
Namun begitu, kesetiaan tersebut dilihat bakal berubah dengan Azam bersedia meninggalkan kelab kesayangannya demi ke pasukan baharu.
BACA LAGI: Masih belum dilamar, apa salahnya Akmal Rizal ketuai Kelantan, KL City atau Perak
BACA LAGI: Tinggalkan TFC lepas 6 tahun, Argzim Redzovic pilih pindah ke Perak
Mengikut pemerhati bola sepak tempatan, T. Avineshwaran, Azam dijangka akan meninggalkan Tok Gajah dengan destinasinya adalah sebuah kelab di Utara.
Azam kini berada dalam radar pendatang baharu Liga Super, Imigresen FC dengan pemain itu dijangka akan menjadi watak penting kelab itu musim depan.
"Pemain tengah Sri Pahang yang sudah lama berkhidmat, Nor Azam Azih yang dulu pernah dianggap sebagai pemain deep-lying playmaker terbaik negara, kini dikaitkan dengan Imigresen FC musim depan," katanya.
Sebagai rekod, Azam bersama Sri Pahang sejak 2015 menjadikan sudah sedekad dia menyertai gergasi Pantai Timur itu.
Imigresen dikatakan akan menjadikan gelanggang rasmi Kedah Darul Aman FC iaitu Stadium Darul Aman di Alor Setar sebagai lokasi home mereka musim depan.
Mereka turut dikatakan akan membawa masuk sebahagian besar pemain daripada skuad Kedah bagi menguatkan cabaran musim depan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram