Tinggalkan TFC lepas 6 tahun, Argzim Redzovic pilih pindah ke Perak


  • Podium
  • Khamis, 05 Jun 2025

Argzim Redzovic mencari kelab baharu selepas dilepaskan Terengganu.

PERTAHANAN Terengganu FC, Argzim Redzovic memilih meninggalkan kelab itu selepas enam tahun bersama. Kecederaan lutut yang dialaminya menjadi asbab kepada penamatnya masanya di Pantai Timur.

Kini berpindah ke Ipoh, Perak, Redzovic mendapatkan rawatan pemulihan selepas mendapat cadangan oleh bekas pengendali Perak FC, Mehmet Durakovic serta rakan sepasukannya, Nasir Basharudin.

Menetap di Perak, Redzovic yang berharap dapat dinaturalisasikan bagaimana pun perlu mencari kelab baharu supaya kariernya tidak berakhir.

BACA LAGI: Rancak dengar pemain Malaysia dikait kelab luar, fikir-fikir dulu 2 faktor karier-kewangan

BACA LAGI: [VIDEO] Dengan hanya mengangguk, bintang Jerman beri isyarat teruja hampir sertai Liverpool

Redzovic bersama dengan Terengganu selama enam tahun.

"Saya menjalani rawatan fisioterapi di Ipoh atas cadangan jurulatih Mehmet Durakovic dan rakan lama saya Nasir Basharudin. Kini, saya menjalani latihan bersama Coach Sam, jurulatih kecergasan Perak FC. Alhamdulillah, saya sudah boleh berlari dan semakin yakin.

"Saya masih menunggu tawaran. Segalanya bergantung kepada proses pemulihan saya. Saya harap dapat kembali bermain sepenuhnya menjelang Ogos nanti," kata Redzovic kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Mengenang semula masanya bersama-sama skuad Penyu, Redzovic mengakui ia bukan mudah untuk meninggalkan kelab tersebut selepas lama bersama.

Memandangkan dia adalah pemain Eropah yang beraksi di Asia, untuk kekal lama di satu-satu kelab adalah pencapaian baik buatnya.

"Saya boleh katakan itu adalah detik terbaik dalam karier saya. Untuk kekal bersama satu kelab selama enam tahun, terutama sebagai pemain import di Asia, bukanlah sesuatu yang mudah.

"Membawa TFC ke Bukit Jalil menentang JDT adalah momen luar biasa. Bermain menentang pasukan sehebat JDT adalah cabaran terbesar saya sepanjang enam tahun di sini.

"Secara jujur, ia adalah keputusan yang sangat emosional. Tetapi jauh di sudut hati, saya tahu saya perlukan cabaran baharu. Malangnya, perjalanan saya bersama TFC tamat dengan kecederaan ACL," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram