Beri komen pedas kuota import MFL, Hardi Jaafar tampil mohon maaf, tak tuju ke mana-mana pihak


  • Podium
  • Isnin, 09 Jun 2025

Hardi (kiri) juga pernah menyarung jersi Harimau Malaya pada zaman kemuncaknya.

BEKAS pemain Selangor dan Perak, Hardi Jaafar tampil membuat permohonan maaf secara terbuka atas kritikannya mengenai kuota 15 import dibenarkan yang dibenarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk kempen 2024/2025. 

Dalam satu hantaran terbaharu di Facebook miliknya, Hardi menegaskan bahawa kata-katanya adalah ungkapan ikhlas dari seseorang yang sangat mencintai negara ini sambil menyatakan permohonan maafnya. 

BACA LAGI: 'Selamat jahanam Liga Malaysia', Hardi Jaafar bengang saingan domestik dijajah pemain luar

BACA LAGI: Bola sepak Perak: Kalau tiada akar, rotan pun berguna

"Saya, Hardi Jaafar ingin memohon maaf atas luahan perasaan saya sebagai bekas pemain Malaysia dan warganegara Malaysia.

"Luahan saya hanyalah kata-kata yang ikhlas dari seseorang yang sangat mencintai Malaysia.

"Sekali lagi, saya memohon maaf jika kata-kata saya menyakitkan hati sesiapa. sebenarnya, ia bukanlah ditujukan kepada mana-mana pihak tertentu," katanya. 

Selain itu, Hardi juga menambah bahawa jika ada pihak yang terasa hati dengan kenyataannya, bukanlah niat pemain tengah itu untuk menyakitkan sesiapa, mahupun ditujukan kepada mana-mana pihak tertentu. 

"Kata-kata saya mungkin kedengaran kasar, tetapi ia bukanlah bermaksud seperti yang mungkin ditafsirkan oleh orang lain.

"Pada hari yang mulia ini, saya dengan tulus memohon keampunan sekali lagi. Selamat Hari Raya Aidiladha," jelasnya. 

Sebelum ini. Hardi yang kini sudah bersara dari dunia bola sepak menegaskan bahawa pelaksaan 15 import itu hanya memberi kesan buruk kepada pemain lokal susulan kelab akan cenderung untuk menggunakan tonggak luar. 

Tangkap layar hantaran Hardi yang mengkritik pelaksaan 15 import.

Hardi Jaafar yang kini berusia 46 tahun berkenaan juga mengingatkan bahawa terlebih berbelanja pemain import juga menjadi punca beberapa kelab 'lenyap' daripada saingan Liga Super seperti Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Perak FC.

Pemain yang beraksi di posisi tengah itu juga mengingatkan bahawa saingan domestik masa kini seolah-olah dijajah oleh bintang import sehingga banyak menutup peluang bakat tempatan untuk menyerlah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram