[VIDEO] Anak perempuan 'star-struck', Sarimah sekeluarga bertemu David Beckham, sifatkan ramah, rendah diri


  • Bonda
  • Isnin, 09 Jun 2025

Sarimah (dua dari kiri) sekeluarga berpeluang bertemu secara peribadi dengan legenda bola sepak dunia, David Beckham (kanan) baru-baru ini. — Instagram/@sarimahibrahim

PELAKON dan pengacara terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi keterujaan apabila berpeluang bertemu secara peribadi dengan legenda bola sepak dunia, David Beckham baru-baru ini.

Momen istimewa itu berlaku ketika beliau menghadiri majlis pembukaan rasmi The Londoner, anjuran Tatler Hong Kong yang turut dihadiri suaminya, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar dan puteri sulung mereka, Tunku Sofia Najihah.

Sarimah berkata, mereka sekeluarga sempat beramah mesra dengan Beckham sebelum acara gala bermula.

BACA LAGI: Ramai tak tahu, cara 'scroll', pegang telefon pintar dedah sisi tersembunyi personaliti anda

BACA LAGI: Tak perlu menunggu lama, saintis berjaya cipta ujian ultra pantas yang boleh kenal pasti jenis tumor otak dalam masa 2 jam

Beliau turut memuji sikap rendah diri dan keramahan bekas pemain Manchester United itu.

“Kami berpeluang berbual dengannya sebelum acara bermula. Beckham sangat merendah diri dan mudah didekati,” tulisnya di Instagram yang turut menyifatkan anaknya Sofia star-struck dalam pertemuan tersebut.

Perkongsian tersebut menarik perhatian warganet dan rakan-rakan artis yang rata-ratanya teruja melihat selebriti tempatan itu bertemu bintang antarabangsa.

Antara komen mencuit hati datang daripada seorang pengguna yang berseloroh mengenai reaksi wajah suami Sarimah. 

“Cuba tengok senyuman Tunku... sampai ke telinga! Nampak sangat dia jumpa idola dia. Cuba Che Puan Sarimah cek gambar lama ada tak suami senyum sampai naik telinga cam tu," tulis Papaslayyy

"Congratulations Sir David Beckham," tulis Alif Satar

"Wah dapat jumpa The Legend, David Beckham," tulis Rihannaqadira.   Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di  Twitter ,  Facebook ,  Instagram ,  WhatsApp Channel  dan  Telegram