
KELANTAN Red Warrior FC (KRW FC) dijangka mendapatkan tonggak import dari Afrika dan Eropah bagi membantu pasukan berkenaan mengharungi kempen Liga A1 Semi-Pro menjelang musim 2024/2025 nanti.
KRW FC baru-baru ini disahkan satu daripada 22 pasukan bakal bersaing dalam saingan Liga A1 Semi Pro setelah disahkan penyertaan dengan sepak mula dijadualkan pada penghujung Julai dan berakhir Mei 2026.
Pengesahan itu membuatkan pihak pengurusan dan kejurulatihan KRW FC yang diketuai pengendali iaitu Irfan Bakti turut mendedahkan pasukan Pantai Timur itu kini dalam proses mendapatkan dua orang tonggak import bagi menghadapi kempen Liga A1 Semi-Pro.
BACA LAGI: Tirai Liga Super hampir berlabuh, 3 rekod milik Bergson, Ifedayo dan Kelantan boleh 'kasi pecah'
BACA LAGI: Akui tak bermusuh, cuma Ifedayo tetap bernafsu nak robek gawang kelab lama
Susulan perkongsian itu, wujud khabar angin mendakwa bahawa salah seorang pemain import yang bakal menyarung jersi KRW FC ialah pemenang Kasut Emas Liga Super pada 2020 dan 2021 iaitu Ifedayo Olusegun.
Perkara berkenaan dikongsikan oleh pemerhati bola sepak tanah air, T. Avineshwaran yang turut memaklumkan bahawa seorang lagi pemain yang bakal menyertai KRW FC ialah pemain tengah dari Nigeria, Aremu Timothy.
"Berita yang diterima, Kelantan berminat untuk menandatangani dua pemain yang bermain dalam Liga Super Malaysia musim lalu.Mereka ialah penyerang Ifedayo Olusegun dan pemain sayap Aremu Timothy. Kedua-duanya bermain untuk pasukan PDRM pada musim lalu.
"Dayo (Ifedayo) akan menjadi pemain yang menarik untuk diperhatikan, berkat ketajamannya di hadapan gawang," katanya memetik ciapan di platform X pada Khamis.
It is learnt that Kelantan are keen on signing two -an players who played in the MSL last season.
They are striker Ifedayo Olusegun and winger Aremu Timothy. Both played for Police last season.
Dayo will be one to watch, thanks to his predatory instincts. #MSLTransfer2025 pic.twitter.com/W2F2tIttNN
— T. Avineshwaran (@avineshW90) June 5, 2025
Ifedayo menyertai skuad Sang Saka Biru pada awal musim lepas dengan pemain berusia 34 tahun itu membantu menjaringkan sembilan gol dan membuat satu assist dalam 20 perlawanan dia diturunkan.
Perpindahan Ifedayo ke KRW FC boleh dianggap satu perkara yang mengejutkan susulan pemain itu masih mempunyai kualiti untuk beraksi dalam saingan Liga Super tetapi memilih untuk beraksi di saingan Liga A1 Semi Pro.
Sementara itu, Timothy juga merupakan pemain utama di bahagian tengah kelab Lembah Klang itu untuk kempen 2024/2025 dengan dia merekodkan tiga gol dalam 20 aksi domestik dia diturunkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram