
WALAUPUN diberikan tawaran yang cukup lumayan oleh kelab Arab Saudi, Al Hilal, namun bintang Manchester United, Bruno Fernandes memilih untuk setia dengan kelab itu.
Pemerhati bola sepak antarabangsa, Fabrizio Romano mengatakan yang Fernandes sedia untuk kekal di United walaupun ditawarkan gaji lumayan mencecah RM1 juta (€210,000) sehari.
Fernandes yang merupakan ketua pasukan United dikatakan masih mahu terus beraksi di Eropah berbanding menukar angin ke Asia.
BACA LAGI: Dilepaskan kelab Australia, Selangor-Sabah-TFC perlu segera sambar Rafael Struick
BACA LAGI: 'Liga Super jenama besar Asia Tenggara', DPMM FC teruja sah kembali bersaing di Malaysia
Al Hilal dilihat mahu terus menguatkan skuad mereka menjelang musim depan dan kelab itu menawarkan tawaran mega lumayan terhadap Fernandes.
Tawaran tersebut menyaksikan dia memperoleh gaji bulanan sebanyak €6.4 juta (RM31 juta) selain daripada pendapatan tahunan mencecah €77 juta (RM373 juta).
Fernandes dilihat tidak mahu ke Asia sebaliknya mahu menghormati kontraknya bersama-sama United yang kekal sehingga 2037.
Malah, pemain itu adalah pilihan untuk melanjutkan kontraknya untuk setahun lagi bersama United selepas 2037.
Fernandes dilihat berminat untuk terus bersama United dengan kelab itu dalam proses pembinaan semula selepas musim yang amat mengecewakan.
Dengan Ruben Amorim berjaya mendapatkan Matheus Cunha, ia membuatkan kelab itu berada dalam posis terbaik untuk kembali mencabar kejuaraan musim hadapan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram