Ramon Machado, 'flop' JDT-Selangor antara bintang paling menyerlah ketika lakukan 'debut'


  • Podium
  • Jumaat, 30 Mei 2025

Dari kiri: Obregon, Machado dan Caion mempunyai 'first impression' baik pada penampilan pertama mereka di Malaysia.

IA menjadi satu keperluan untuk mana-mana pemain baharu menunjukkan persembahan baik ketika penampilan pertamanya.

Seperti mana-mana profesion, first impression sangat penting. Dalam bola sepak, ia sangat penting untuk menarik hati jurulatih dan penyokong.

Di Liga Super, terdapat beberapa pemain yang mencipta first impression yang baik pada penampilan pertama mereka walaupun mungkin selepas itu aksinya tidak seberapa.

BACA LAGI: Kepantasan, 'combination play' kunci Harimau Malaya hadapi cabaran fizikal sasa pemain Afrika

BACA LAGI: [VIDEO] Jadi buruan Kelantan- kelab Indonesia, ‘saham’ Aguero terus mencanak lepas dipuji Amorim

Jorge Obregon

Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu semasa bersama mereka sering diturunkan ketika tugasan Asia berbanding di Liga Super.

Namun begitu, Obregon pastinya tidak akan melupakan detik pertamanya di Liga Super apabila turun menentang Penang FC pada 12 September 2024.

Obregon tidak begitu cemerlang bersama JDT.

Dua jaringannya membantu Harimau Selatan menang 5-0 ke atas Harimau Kumbang walaupun selepas itu dia tidak begitu menyerlah bersama JDT.

Obregon menghasilkan lima gol dalam lapan perlawanan Liga Super yang diharunginya sambil kurang memberikan impak di Asia. Ia menjadikannya antara pemain import kurang menyerlah diambil JDT.

Ramon Machado

Nama Ramon Machado pastinya tidak akan dilupakan oleh para penyokong Sabah FC kerana kualitinya sering menghadiahkan gol buat mereka.

Impak segera ditampilkannya ketika melakukan penampilan pertama buat Sabah pada 8 Julai 2023 semasa bertemu Kuching City FC.

Aksi Machado amat dirindui penyokong Sabah.

Machado menghasilkan dua gol dan itu membantu mereka menewaskan Kuching 4-3 sekali gus meraih gelaran Raja Borneo.

Penyerang dari Brazil itu kemudiannya menghasilkan 27 penampilan untuk Sabah sambil menyumbang 18 gol sebelum berpindah ke Araz-Nakhchivan di Azerbaijan.

Herlison Caion

Salah seorang penyerang yang sering menerima kritikan oleh penyokong Selangor, Herlison Caion bagaimana pun memulakan karier dengan baik.

Melakukan penampilan pertama buat Selangor pada 4 Mac 2022, Caion mencipta sensasi apabila menjaringkan dua gol ketika Selangor seri 3-3 berdepan Kuala Lumpur City FC.

Caion menghasilkan 24 gol untuk Selangor.

Walaupun sering menerima kritikan daripada penyokong Selangor, Caion bagaimana pun berjaya menamatkan musim dengan 24 gol dalam 33 penampilan termasuklah ketika perlawanan akhir Piala Malaysia.

Kini kembali ke Brazil, Caion beraksi bersama Joinville-SC dalam saingan Serie D. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram