Kepantasan, 'combination play' kunci Harimau Malaya hadapi cabaran fizikal sasa pemain Afrika


  • Podium
  • Khamis, 29 Mei 2025

Pemain skuad kebangsaan harus gunakan kekuatan mereka dalam menewaskan pemain dari Afrika yang lebih besar fizikalnya.

MALAYSIA turun menentang Cape Verde dalam aksi persahabatan Tier 1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Khamis dalam usaha persiapan menjelang bertemu Vietnam pada 10 Jun.

Perlawanan menentang Cape Verde memberikan cabaran berbeza buat Malaysia kerana mereka menentang negara yang berada dalam kelompok 100 terbaik dunia.

Malah, ia adalah lawan pertama Malaysia dari benua Afrika sejak 2009. Kali terakhir Malaysia bertemu negara Afrika adalah pada 12 Ogos 2009 menentang Kenya dengan keputusan 0-0 dicatatkan.

BACA LAGI: [VIDEO] Jadi buruan Kelantan- kelab Indonesia, ‘saham’ Aguero terus mencanak lepas dipuji Amorim

BACA LAGI: Nabil Latpi rentas sempadan, tinggalkan Penang sertai skuad futsal Kedah

Akmal Rizal Ahmad Rakhli (14) of Malaysia celebrates after scoring a goal during the Tiger Cup match between Malaysia and Thailand 20 December, 2002 at the Singapore National Stadium.At the half time the two teams were tied 1-1.AFP PHOTO/Paul LAKATOS/World Sport Group (Photo by PAUL LAKATOS / WORLD SPORT GROUP / AFP) (Photo by PAUL LAKATOS/WORLD SPORT GROUP/AFP via Getty Images)

Akmal mempunyai 22 penampilan bersama Harimau Malaya.

Oleh itu, sudah pasti Cape Verde akan memberikan cabaran menarik buat bintang Harimau Malaya ditambah ia adalah pertemuan pertama melibatkan kedua-dua negara.

Bagi bekas pemain kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, bermain menentang pemain Afrika ini mencabar dari segi kekuatan fizikal.

Untuk berdepan fizikal pemain yang besar, Akmal berpendapat pemain Harimau Malaya perlu menggunakan kepantasan atau kerjasama berpasukan untuk menewaskan mereka.

"Pemain harus gunakan kepantasan mereka. Mereka juga boleh membuat combination play bersama rakan sepasukan untuk menewaskan pemain lawan.

"Pemain-pemain dari Afrika lazimnya mempunyai kekuatan fizikal yang lebih daripada kita mereka mempunyai saiz yang lebih besar. Tapi dari segi kepantasan, mereka lebih kurang sama dengan kita," kata Akmal kepada Majoriti.

Walaupun ada cabarannya, tetapi Akmal tetap yakin yang Harimau Malaya tidak akan ada banyak masalah untuk menewaskan Cape Verde.

Dengan skuad kebangsaan kini dibarisi beberapa muka pemain warisan baharu termasuklah kehadiran Peter Cklamovski sebagai jurulatih, Malaysia mampu memberikan saingan.

"Saya rasa Malaysia boleh beri saingan tapi perlu diakui yang Cape Verde ada pemain-pemain yang baik.

"Mereka boleh menghukum pasukan kita jika pemain-pemain negara melakukan kesilapan muda. Tapi saya yakin dengan skuad sekarang ada kualiti yang baik di bawah kendalian Peter Cklamovski," ujar Akmal. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram