Lepas sambar Fairuz Zakaria, bekas bek Penang, Kelantan kini dalam radar DPMM


  • Podium
  • Isnin, 26 Mei 2025

DPMM FC bakal menjadi satu-satunya kelab profesional yang mewakili Brunei di pentas Liga Malaysi musim depan. — Facebook/DPMMFC

SELEPAS mengikat Fairuz Zakaria dan Ramadhan Sananta, Brunei DPMM kini dalam usaha mendapatkan khidmat pemain pertahanan kebangsaan Filipina, Christian Rontini.

Pemain berusia 25 tahun itu, yang juga mampu beraksi di posisi tengah bertahan, kini beraksi bersama kelab Liga 1 Thailand, Nongbua Pitchaya.

Perkara tersebut disahkan menerusi kenyataan rasmi kelab yang memaklumkan rundingan sedang dijalankan dengan pemain kelahiran Itali itu.

BACA LAGI: Lepaskan 22 pemain, bintang warisan antara 3 rekrut diperlukan Penang FC demi lengkapkan 'dream team'

BACA LAGI: 'MFL perlu hormati keputusan Pahang jika tak sertai liga meski miliki lesen'

Rontini sebelum ini pernah beraksi buat Kelantan FC dan Penang FC sebelum berhijrah ke Indonesia serta Thailand. Agensi

“DPMM FC sedang mengadakan perbincangan untuk menandatangani bek tengah kebangsaan Filipina, Christian Rontini.

"Rontini kini bermain bersama kelab Thai League 1, Nongbua Pitchaya,” menurut kenyataan tersebut.

Jika rundingan berjaya dimuktamadkan, Rontini bakal menjadi pemain import ketiga yang menyertai DPMM bagi memperkuatkan cabaran mereka dalam Liga Super musim hadapan.

Rontini bukanlah nama yang asing dalam saingan Liga Malaysia kerana dia sebelum ini pernah beraksi bersama Penang FC dan Kelantan FC.

Selepas meninggalkan Kelantan pada Januari 2023, Rontini berhijrah ke Liga Indonesia, menyarung jersi Persita Tangerang dan Madura United.

Pada Januari 2025, Rontini menyertai Nongbua Pitchaya dan setakat ini telah mencatat 20 penampilan serta dua hantaran bantuan bersama kelab Thailand itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram