[VIDEO] Isu pengadilan di Malaysia Masters, BAM buat aduan rasmi


  • Podium
  • Sabtu, 24 Mei 2025

Aduan dilakukan barisan kejurulatihan beregu lelaki negara ketika perlawanan sedang berlangsung.

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) sudah membuat aduan rasmi kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berhubung mutu pengadilan yang menimbulkan kontroversi dalam aksi beregu lelaki melibatkan Aaron Tai-Kang Kha Xing semasa pusingan kedua Malaysian Masters.

Jurulatihnya, Herry Iman Pierngadi tampil mendakwa pengadil dari Switzerland, Peter Meszaros memberikan keputusan kontroversi menyebelahi gandingan Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard dalam satu perlawanan pada Khamis.

Kesal dengan mutu pengadilan sedemikian, badan induk badminton negara itu bertindak membuat aduan berserta bukti bervideo dan maklumat terperinci berhubung aksi tersebut bagi disemak BWF.

BACA LAGI: Akui terima tawaran BAM, Iskandar Zulkarnain perlu masa sebelum tinggalkan Ireland demi Malaysia

BACA LAGI: Muncul juara Terbuka Thailand, Aaron Chia-Soh Wooi Yik 'mandi peluh' jinakkan beregu Denmark

Peter Meszaros yang merupakan pengadil ketika perlawanan tersebut menjadi sasaran penyokong dan barisan kejurulatihan.

Dalam pertembungan berlangsung selama 67 minit itu, sebanyak tiga keputusan diberikan pengadil memberi impak terhadap perlawanan yang menyaksikan beregu negara berkenaan tersingkir.

Ini selepas mereka mengalami kekalahan 10-21, 26-24, 16-21 yang kemudian menyaksikan BAM mendesak BWF supaya mengambil tindakan segera bagi mengelakkan isu sedemikian berulang dalam kejohanan akan datang.

"Kita masih menghormati peranan dan kepentingan pegawai teknikal, tetapi adalah penting supaya perbadanan antarabangsa itu untuk membuat siasatan menyeluruh terhadap standard pengadilan.

"Keadilan serta integriti perlu dipelihara dalam setiap perlawanan. Keputusan yang dibuat pengadil pada pandangan saya jelas dipalit kesalahan dan menidakkan pemain kami daripada terlibat dalam aksi yang penuh kesaksamaan," kata Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh.

Berdasarkan beberapa video tular di media sosial, salah satu kesilapan ketara dilakukan Meszaros adalah apabila dia memberikan mata kepada Kjaer-Sogaard ketika bulu tangkis keluar dari gelanggang.

Menurutnya, bulu tangkis itu terkena tubuh Aaron Tai dengan mengatakan ia adalah satu kesalahan, namun ulang tayang perlahan menyaksikan pengadil Switzerland berkenaan melakukan kesilapan.

Keputusan tersebut menjadi bahan bualan ramai sehingga menyaksikan pihak kejurulatihan negara serta penyokong di Axiata Arena, Kuala Lumpur mempertikaikan mata yang diberikan kepada beregu Denmark tersebut. — The Star/R KIRUBASHINI

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram