Meskipun tempoh pinjaman singkat, kelab Thailand tetap hargai sumbangan ‘ubi muda’ JDT


  • Podium
  • Isnin, 19 Mei 2025

Chonburi FC telah menghantar pingat kejuaraan liga musim 2024/25 kepada penyerang muda pinjaman Harimau Selatan. — Instagram/fergus.tierney

WALAUPUN tempoh pinjaman bersama Chonburi FC singkat, tindakan kelab Thailand itu menghantar pingat kejuaraan Thai League 2 musim 2024/25 kepada Fergus Tierney membuktikan betapa sumbangan kecil sekalipun tetap dihargai.

Langkah itu mencerminkan budaya bola sepak profesional yang menghargai setiap pemain, tidak kira sebesar mana peranan mereka dalam kejayaan sesebuah pasukan.

Tierney, penyerang muda berusia 22 tahun dari Johor Darul Ta'zim (JDT), hanya sempat beraksi dalam 12 perlawanan bersama Chonburi, menjaringkan satu gol dan mencipta satu bantuan gol dalam separuh pertama musim.

BACA LAGI: Senarai belum muktamad, 3 bintang JDT termasuk Hong Wan mungkin antara digugurkan Cklamovski

BACA LAGI: Kualiti pemain warisan belum terbukti, bintang lokal terhad jika kelab tarik diri — Reduan Abdullah

Namun, kelab tetap menghargai peranannya sebagai sebahagian daripada kejayaan menamatkan musim selaku juara liga dengan 63 mata.

Tindakan itu menunjukkan bahawa The Sharks menghargai setiap pemain yang pernah menyumbang, tanpa mengira sebesar mana peranan mereka.

Langkah itu juga memberi mesej penting kepada pemain muda Malaysia bahawa komitmen, disiplin dan prestasi, walaupun dalam tempoh singkat, boleh mendapat perhatian dan penghargaan di peringkat antarabangsa.

Ia turut mencerminkan peningkatan reputasi pemain tempatan yang kini semakin diterima di pentas luar negara.

Selepas menamatkan tempoh pinjaman pada akhir Disember 2024, Tierney menyertai kelab Thai League 1, Nakhon Pathom United dan terus mempamerkan prestasi meyakinkan dengan tiga gol dalam 13 penampilan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram