Jodoh masih bertaut, Selangor-NSFC-Penang dikhabar rekrut semula ex-import Liga Super


  • Podium
  • Jumaat, 16 Mei 2025

Lira dikhabarkan bakal membuat kemunculan semula dalam saingan Liga M apabila dikaitkan untuk menyertai Selangor FC bagi musim 2025/2026. — Instagram/lira

DENGAN Lesen Kebangsaan sedang dalam proses semakan oleh badan bebas iaitu First Instance Body (FIB), pasti kelab-kelab Liga Super juga sedang mempersiapkan pasukan masing-masing untuk membawa tonggak baharu pada musim baharu nanti.

Persiapan itu sedang giat dilakukan oleh beberapa pasukan dengan ada di antara mereka menyasarkan pemain import baharu, bintang lokal dan ada juga mengambil inisiatif untuk membawa masuk kembali bekas import.

Benar, situasi bekas import yang pernah memeriahkan Liga Malaysia (Liga M) kembali menyertai saingan domestik bukan perkara baharu dalam arena bola sepak tanah air susulan musim sebelum ini juga menyaksikan perkara sama berlaku.

BACA LAGI: Lepas Sikh Izhan-Richmond, 3 lagi bintang Selangor boleh sarung sekejap jersi Penang

BACA LAGI: Terima kasih beri peluang, bintang JDT-Selangor tinggalkan kelab Thailand

Membawa masuk bekas bintang import Liga M sebenarnya memberi kebaikan tersendiri buat sesebuah kelab Liga Super berikutan kelompok tersebut tidak memerlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan suasana bola sepak tempatan.

Kepulangan semula beberapa pemain import berpengalaman berkenaan ke saingan Liga Super juga berpotensi meningkatkan minat penyokong terhadap pasukan tersebut.

Dalam era bola sepak moden yang sangat bergantung kepada aspek komersial dan sokongan penyokong, kehadiran pemain yang pernah menjadi ikon dan dikenali ramai mampu menarik semula penonton ke stadium serta meningkatkan pengaruh kelab di media sosial dan pasaran penajaan.

Oleh itu, kali ini Majoriti menyenaraikan tiga pemain yang dikhabarkan akan menyertai tiga kelab Liga Super iaitu Selangor FC, Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Penang FC pada musim 2025/2026.

1) Willian Lira ke Selangor FC

 

Bekas penyerang Kedah Darul Aman (KDA) FC, Willian Lira dikhabarkan bakal membuat kemunculan semula dalam saingan Liga M apabila laporan menyatakan pemain kelahiran Brazil itu sedang dikaitkan untuk menyertai Selangor FC bagi musim 2025/2026.

Berdasarkan perkongsian pemerhati sukan tanah air, T. Avineshwaran memberitahu bahawa Lira yang kini menyarung jersi kelab Arab Saudi iaitu Hatta Club dikatakan akan menggantikan posisi Ronnie Fernandez dengan pemain Chile itu dikatakan akan meninggalkan Selangor FC.

Penyerang berusia 31 tahun berkenaan mula mencuri tumpuan peminat bola sepak Malaysia ketika bersama Sang Kenari apabila sukar mendapat rentak sehingga diberi kritikan bertali-arus daripada penyokong Hijau Kuning.

Setakat separuh musim kedua Liga Super, pemain berkenaan sudah menjaringkan lapan gol dalam 14 penampilan. Rekod itu menarik pasukan divisyen kedua Thailand iaitu Chonburi FC untuk membawanya masuk pada Julai 2023 hinggua Julai 2024.

Bersama Chonburi FC, dia telah meledak 15 jaringan dalam 35 penampilan dalam kesemua pertandingan di Liga Thailand termasuk Piala FA Thai dan Piala Liga Thai. Ia membawa kupada perpindahan ke Hatta Club pada tahun lepas.

Bagi Selangor FC, kehadiran pemain seperti Lira boleh menjadi pelengkap ideal kepada barisan serangan mereka. Dengan kombinasi pemain tempatan berbakat dan pengalaman antarabangsa yang dimiliki Lira, pasukan itu dijangka mampu membentuk unit serangan yang lebih mantap.

2) Lucas Silva ke Penang FC

 

Bekas penyerang Penang FC, Lucas Silva dikhabarkan bakal kembali menyarung jersi Harimau Kumbang bagi saingan Liga Super musim 2025/2026 dengan ia sudah menjadi sebutan dalam kalangan pengikut kelab Utara tanah air berkenaan.

Sekiranya perpindahan tersebut menjadi kenyataan, ia akan menandakan kemunculan semula seorang penyerang yang pernah menjadi tumpuan penyokong semasa musim cemerlangnya bersama Penang sebelum ini.

Hal Ini kerana, selama semusim bersama skuad Harimau Kumbang, pemain kelahiran Brazil berkenaan mencatatkan 11 gol dan satu bantuan jaringan daripada 15 penampilan dalam semua pertandingan domestik dan mempengaruh Sri Pahang FC merekrutnya.

Rekod mengecewakan bersama Tok Gajah menyaksikan penyerang tersebut mengambil keputusan meninggalkan Liga Super dan berkelana ke Hong Kong untuk menyertai Tai Po yang pernah disertainya pada 2016.

Penghijrahan pemain berusia 35 tahun tersebut jelas membuahkan hasil kerana Silva berjaya kembali menemui sentuhan jaringannya yang diteruskan sehingga ke musim ini.

Berdasarkan statistik semasa, Silva kini mendahului carta penjaring terbanyak Liga Perdana Hong Kong dengan 16 gol dan enan direkodkan dalam 21 penampilan setakat ini.

3) Oday Kharoub ke NSFC

 

Negeri Sembilan FC (NSFC) sedang merancang sesuatu yang besar untuk memperbaiki serangan mereka dalam saingan Liga Super musim 2025/2026 nanti.

Selepas menamatkan saingan di tangga ke-12 daripada 13 pasukan dalam divisyen utama, skuad Jang dijangka akan melakukan perubahan besar dalam bahagian pemain dan kejurulatihan.

Difahamkan bahawa kelab tersebut telah mendapatkan bekas jurulatih Felda United dan Selangor FC iaitu Nidzam Jamil untuk mengemudi pasukan, dan beberapa pemain baharu juga dijangka akan tiba termasuk bekas kapten Kelantan Darul Naim (KDN) FC, Oday Kharoub.

Selepas mendapat layanan tidak adil daripada pengurusan skuad Kijang Emas, pemain skuad kebangsaan Palestin berkenaan menyertai kelab Libya, Al Ahli SC yang beraksi baik di peringkat domestik

Kehadiran pemain berusia 32 tahun berkenaan membawa kestabilan dalam pasukan kerana dia memiliki kemahiran dalam situasi bola mati selain pintar dalam merencanakan pergerakan.

Kehadiran jeneral tengah terbabit sudah tentu diharapkan dapat membantu skuad bimbingan Chakri Khatoui untuk layak ke final Liga Juara-Juara CAF di Afrka selepas kali terakhir menyertai pertandingan itu pada 2017. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram