'He knows what to do', reputasi bukan jaminan kesebelasan utama The Cats


  • Podium
  • Selasa, 13 Mei 2025

Haziq kembali membuktikan kebolehannya sepanjang semusim dipinjamkan ke Utara tanah air. — Facebook/Perak FC

LEGENDA bola sepak tanah air, Joseph Kalang Tie yakin Ketua Jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak mempunyai perancangan jelas dalam menentukan penjaga gol utama skuad The Cats menjelang musim baharu.

Spekulasi perpindahan penjaga gol kebangsaan, Haziq Nadzli dari Perak FC ke Kuching City FC hangat diperkatakan baru-baru ini, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai persaingan di benteng terakhir pasukan.

Dengan dua penjaga gol berpengalaman iaitu Shahril Sa’ari dan Wan Azraie sering menjadi pilihan utama musim ini, kehadiran Haziq dilihat bakal memberi saingan sengit dalam usaha merebut tempat dalam kesebelasan utama.

BACA LAGI: Makin ramai tinggalkan JDT, tak mustahil kiper senior, Keliboy, pemenang Kasut Emas ke Melaka

BACA LAGI: [VIDEO] Pengganti Park Tae-su pernah ‘dicemburui’ VAR, terbabit kontroversi layangan kad kuning bertukar ‘straight’ merah

Namun bagi Joseph, dia percaya Aidil Sharin mempunyai pertimbangan terbaik dalam memilih siapa yang layak untuk menggalas tanggungjawab besar itu.

"Kita tidak dapat menilai awal buat masa sekarang kerana reputasi tidak menjamin kedudukan utama malah harus bersaing dengan lain.

"Kita percaya coach Aidil lebih tahu apa yang akan dia lakukan. He know what to do," katanya kepada Majoriti.

Legenda Terengganu FC, Joseph Kalang Tie (kiri). — Facebook/Josephkalang

Mengulas lanjut, legenda Terengganu FC itu menyifatkan kehadiran Haziq bukan sekadar pelengkap skuad, malah mampu mencetuskan peningkatan prestasi keseluruhan pasukan.

"Pada pandangan saya, kehadiran Haziq meningkatkan persaingan sihat untuk ketiga-tiga penjaga gol Kuching termasuk Saiful Wazizi yang merupakan penjaga gol tempatan asal Sarawak.

"Coach Aidil akan mempunyai banyak pilihan selepas ini di benteng terakhir KCFC dan semestinya akan meningkatkan lagi tahap persaingan sihat di benteng terakhir pasukan," ujarnya. 

Jika perpindahan Haziq menjadi kenyataan, Kuching City dijangka memiliki antara barisan penjaga gol paling seimbang dalam Liga Malaysia bagi menghadapi musim akan datang.  

Sekiranya tidak dipinjamkan ke Kuching City FC, tidak mustahil sekiranya pemain berusia 27 tahun itu akan menyertai mana-mana pasukan Liga Super lain daripada terus berada di bangku simpanan JDT. 

Kelab Selatan tanah air berkenaan juga sudah tentu terbuka untuk melepaskan Haziq, lebih-lebih lagi dengan lambakan penjaga gol lain seperti Syihan Hazmi, Andoni Zubizaurre dan Christian Abad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram