[VIDEO] Hanya 2 kelab disebut, Asmawi Bakiri mahu FIB senarai status lesen Liga M setiap pasukan


  • Podium
  • Isnin, 12 Mei 2025

Melaka FC kini selangkah lagi ke Liga Super 2025/2026 apabila sudah menghantar permohonan Lesen Kebangsaan. — Facebook

BEKAS pemain kebangsaan dan pemenang tiga kali Piala Malaysia, Asmawi Bakiri menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa First Instance Body (FIB) baru-baru ini berhubung proses permohonan Lesen Kebangsaan bagi musim 2025/26 sebagai tidak jelas dan kurang telus.

Menurutnya, kenyataan tersebut gagal memberikan gambaran menyeluruh kerana tidak disertakan dengan senarai penuh kelab Liga Super yang telah melengkapkan atau masih dalam proses permohonan.

Tambah menimbulkan tanda tanya, hanya dua pasukan iaitu Melaka FC dan Imigresen FC disebut secara khusus dalam kenyataan tersebut.

BACA LAGI: 'Bintang muda berdisiplin tinggi,' permata bola sepak Penang pilih Akademi JDT

BACA LAGI: Liga Indonesia lebih mencabar, tiada kelab dominan seperti di Malaysia — Bojan Hodak

Dalam pada itu, Asmawi mencadangkan agar FIB mengemukakan senarai terperinci membabitkan semua kelab termasuk status permohonan yang telah diluluskan, sedang dipertimbangkan dan yang masih belum lengkap bagi memastikan semua pihak memahami keadaan sebenar menjelang musim baharu Liga Malaysia.

“Kalau boleh, senaraikan dengan jelas pasukan mana yang telah lulus, mana yang dalam pertimbangan dan mana yang belum lengkap dokumennya.

"Sekurang-kurangnya, ia boleh menjawab persoalan yang timbul dan mengelak salah faham,” katanya ketika ditemui di program Nadi Arena.

Tambahnya, ketelusan seperti itu penting untuk mengenal pasti punca kelewatan atau kegagalan sama ada berpunca daripada FIB, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) atau kelab itu sendiri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram