[VIDEO] Amorim sahkan Bruno Fernandes, Maguire, Onana turun beraksi di KL


  • Podium
  • Sabtu, 10 Mei 2025

Manchester United dikatakan bakal membawa keseluruhan pemain utamanya ke Kuala Lumpur pada 28 Mei nanti. — Instagram/manchesterunited

MANCHESTER United mengesahkan akan membawa keseluruhan pemain utamanya, termasuk mereka yang bakal beraksi di final Liga Europa menentang Tottenham Hotspur pada 21 Mei ini ke Kuala Lumpur bagi perlawanan istimewa menentang ASEAN All Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei nanti.

Dalam sidang media pra-perlawanan menentang West Ham, Ketua Jurulatih Man United, Ruben Amorim berkata, mereka akan membawa semua pemain ke Kuala Lumpur.

Tambah Amorim, jelajah tersebut adalah cara kelab untuk kembali menjalin hubungan rapat dengan para penyokong, terutamanya selepas musim yang mengecewakan.

BACA LAGI: Tchetche Kipre bakal tinggalkan bumi Kenyalang, dikata berhijrah ke kelab Utara

BACA LAGI: Hampir selesaikan 4 'transfer', nampak gayanya tanduk skuad Rusa makin tajam musim depan

 

 

Skuad The Red Devils itu turut dijadualkan meneruskan siri jelajah pasca musim ini dengan aksi kedua menentang pasukan pilihan Hong Kong pada 30 Mei.

Amorim menegaskan, kehadiran penuh skuad bukan semata-mata atas tuntutan komersial, tetapi lebih penting sebagai simbol penghargaan kepada peminat yang terus setia menyokong meskipun prestasi kelab kurang memberangsangkan musim ini.

“Ini perkara paling minimum yang kami boleh lakukan untuk penyokong yang kecewa. Kami ingin membina semula rasa kekeluargaan dalam kelab,” katanya.

Lebih menarik, Manchester United mungkin tiba di Malaysia sebagai juara Liga Eropah sekiranya berjaya menewaskan Spurs di final yang akan berlangsung di Bilbao.

Sekiranya itu menjadi kenyataan, aksi di Bukit Jalil bukan sahaja bakal menjadi medan pertunjukan bintang, malah boleh berubah menjadi sambutan kejayaan berganda bersama ribuan penyokong tempatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram