
TANDUK Negeri Sembilan FC musim depan dijangka semakin tajam dengan beberapa pemain tempatan yang semakin hampir menyarung jersi skuad Jang.
Pemerhati sukan tanah air, T. Avineshwaran, berkongsi bahawa bakal berlaku rombakan besar-besaran dalam skuad Jang musim depan.
"Hampir confirm. Negeri Sembilan bersedia untuk menandatangani perjanjian dengan penyerang muda Luqman Hakim Shamsudin , bek tengah Ahmad Khuzaimi Piee, penjaga gol Azri Ghani, pemain sayap Hakimi Abdullah dan pemain pertahanan Ariff Ar-Rasyid," katanya di laman X.
BACA LAGI: TFC tidak lagi berada dalam senarai 'transfer ban' FIFA
BACA LAGI: Sayang tinggalkan Malaysia, 3 import hanya salin baju kelab Liga M
Berita itu pasti menggembirakan penyokong bola sepak tempatan yang tidak sabar untuk melihat pasukan yang menghuni di tangga ke-12 Liga Super musim ini tampil lebih garang musim depan.
Kemasukan pemain-pemain seperti Luqman Hakim, Ahmad Khuzaimi, Azri Ghani, Hakimi Abdullah dan Ariff Ar-Rasyid dilihat mampu memperkukuh skuad Negeri Sembilan.
Jimmy (tengah) semakin hampir untuk kembali ke pangkuan NSFC musim depan. — Facebook/Selangorfc
Sebagai penyerang muda berbakat, Luqman berpotensi meningkatkan ketajaman serangan, sementara Ahmad Khuzaimi dan Ariff Ar-Rasyid akan memperkukuh benteng pertahanan.
Azri Ghani pula memberi kestabilan di posisi penjaga gol dan Hakimi Abdullah dengan kelajuan serta kemahiran teknikalnya di sayap bakal memberi impak besar.
Gabungan para pemain tersebut pastinya akan meningkatkan daya saing Negeri Sembilan dalam Liga Super musim depan.
Terdapat juga khabar angin yang mengatakan kapten Terengganu FC, Safawi Rasid bakal menyertai mereka, sekali gus memperkukuh lagi pasukan.
Selain itu, skuad Jang turut memiliki import berbisa, Takumi Sasaki, pemain tengah kreatif yang dijangka dapat membantu Luqman dengan hantaran-hantaran berbahaya untuk disudahkan kepada jaringan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram