Bukan kejar 30 piala, 3 kelab Cik Siti Wan Kembang mahu selamatkan bakat anak jati Kelantan


  • Podium
  • Sabtu, 10 Mei 2025

Sokongan daripada penyokong Kelantan amat diperlukan untuk mengisi Stadium Sultan Muhammad IV. — Agensi

STADIUM Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan bakal menjadi gelanggang bagi tiga pasukan tempatan beraksi di pentas liga musim ini, iaitu Kelantan The Red Warriors, Wan Tendong Stable dan Kelantan United.

Kehadiran ketiga-tiga pasukan itu bukan semata-mata untuk mengejar kejayaan piala, tetapi lebih kepada memastikan bakat-bakat muda kelahiran Kelantan tidak terbiar dan mendapat peluang yang sepatutnya.

Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sejarah bola sepak, Kelantan tidak mahu melihat anak-anak jati negeri itu tercicir dalam perkembangan sukan bola sepak tempatan.

BACA LAGI: Dari padang bola ke kandang lembu, bek kanan JDT selesa ceburi bidang penternakan

BACA LAGI: Tchetche Kipre bakal tinggalkan bumi Kenyalang, dikata berhijrah ke kelab Utara

Kelantan mempunyai inisiatif tersendiri dalam memastikan bakat anak jati negeri itu terus berkembang. — Agensi

Walaupun tiada sasaran mengejar 30 piala, fokus utama ketiga-tiga pasukan itu adalah untuk menyediakan ruang kepada bakat-bakat muda tempatan agar mereka dapat berkembang dan memperkasa kerjaya bola sepak mereka.

Niat murni itu dikongsi oleh palatao_bola di laman Instagram.

"Tiga pasukan dari Kelantan akan beraksi di Stadium Sultan Muhammad IV pada musim ini iaitu Kelantan The Red Warriors, Wan Tendong Stable dan Kelantan United.

"Pasukan ini bukan mahu mengejar 30 piala tetapi pastikan bakat muda kelahiran kelantan tidak diabaikan," katanya.

Pihak pengurusan ketiga-tiga pasukan itu pasitnya sepakat untuk mewujudkan ekosistem bola sepak yang berterusan di Kelantan, yang mana bakat muda dapat berkembang dengan sokongan dan bimbingan yang betul.

Walaupun menghadapi persaingan sengit di liga, objektif utama mereka adalah memberi peluang kepada pemain muda untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi.

Dengan inisiatif ini, diharapkan Stadium Sultan Muhammad IV akan lebih meriah dengan sokongan daripada penyokong bola sepak tempatan.

Pasukan-pasukan berkenaan bukan hanya bertanding untuk kemenangan, tetapi juga bertekad untuk memastikan bola sepak Kelantan terus berkembang dan memberi impak positif kepada pembangunan sukan di negeri ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram