'Nampak keikhlasan setiap kali beraksi', 'ekor' Sang Kenari restu bek kental berhijrah ke Penang FC


  • Podium
  • Selasa, 06 Mei 2025

Sang Kenari dilaporkan bakal kehilangan bek kental mereka yang dijangka menyertai Penang FC musim depan. — Facebook/KDAFC

PENANG FC menerima berita gembira apabila bek tengah Kedah Darul Aman FC, Hasbullah Abu Bakar dilaporkan bakal menyertai kelab tersebut musim depan.

Berita baik itu dikongsikan oleh pemerhati sukan tanah air, Fadhirul Shuhaimi di laman X.

"Difahamkan tonggak tengah, Hasbullah Abu Bakar bakal memperkuatkan skuad Harimau Kumbang bagi saingan Liga M musim 2025/26," katanya.

BACA LAGI: Saham mencanak lepas gegar gawang JDT, bintang Sri Pahang kini diburu Selangor-Melaka

BACA LAGI: 'Otai masih berbisa,' kudrat 3 kuda tua Liga Super termasuk jeneral JDT masih ditagih musim depan

Berita itu pasti menggembirakan penyokong skuad Harimau Kumbang yang amat memerlukan pemain berpengalaman di bahagian tengah pasukan. 

Hasbullah, yang merupakan tonggak penting buat skuad Hijau Kuning musim lalu, lebih banyak beraksi sebagai defensive midfielder.

Dia telah mencatat 20 penampilan, dua gol dan satu assists. Kehadirannya ke Penang FC dijangka dapat mengukuhkan barisan pertahanan pasukan, sambil memberikan sokongan dalam serangan.

Tonggak KDA FC, Hasbullah Abu Bakar (tengah) dikhabarkan bakal menyertai Penang FC. — Facebook/KDAFC

Khabar angin mengenai perpindahan itu turut mendapat reaksi positif daripada penyokong KDA FC.

Beberapa mereka menganggap keputusan tersebut wajar, terutamanya disebabkan isu kewangan yang melanda kelab tersebut.

"Tengok dia ini main pun ikhlas di atas padang, sebab itu laku," kata Zainee Zainul Abidin.

"Pilihan terbaik, zaman sekarang bukan boleh percaya pada manusia, sekarang sudah kena, tak payah nak tunggu, Kedah sudah hancur kerana pengurusan dan pentadbiran dalam bola sepak," kata Abdul Manap Mat.

"Sokong hang pergi Penang FC, kembang kerjaya bola bersama pasukan baharu," kata Ismail Bakar.

Sementara itu, pasukan dari Utara tanah air itu kini dikatakan sedang giat mempersiapkan diri untuk cabaran Liga Malaysia musim depan.

Beberapa nama besar turut disebut-sebut bakal menyertai Penang FC, antaranya kapten Perak FC, Luciano Guaycochea, Haziq Nadzli, Declan Lambert dan rakan sepasukan Hasbullah di KDA FC, Ariff Farhan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram