Pemain berkualiti sanggup terima gaji RM10,000 memang formula magis, tegas orang kuat Penang FC


  • Podium
  • Isnin, 05 Mei 2025

Skuad Harimau Kumbang berjaya menguruskan kewangan pasukan dengan baik dan konsisten, tanpa menghadapi sebarang masalah kewangan sepanjang musim. — Facebook/Penangfc

PENGURUS Besar Penang FC, Jeffrey Chew meluahkan rasa kesal berikutan kurangnya kesedaran dan keperluan mengenai penetapan tangga gaji dalam pengurusan kewangan pasukan bola sepak.

Skuad Harimau Kumbang telah menunjukkan konsistensi dalam menguruskan kewangan mereka dengan baik tanpa terjebak dalam sebarang masalah kewangan sepanjang musim.

Chew menyarankan agar pasukan-pasukan yang tidak mempunyai bajet besar perlu mempertimbangkan penetapan 'salary cap', lapor Stadium Astro.

BACA LAGI: Isu ‘transfer ban’ FIFA sudah lama selesai, seolah-olah berniat burukkan reputasi kelab — TFC

BACA LAGI: ‘Jika tak mampu bersaing, jangan hasut tarik diri’, TMJ tegur mentaliti mundur bola sepak Malaysia

"Kami tidak bercakap mengenai jumlah yang kecil seperti RM5,000 atau RM10,000, tetapi jika kami mulakan perkara ini, pasti ada pemain yang akan datang menyertai kami.

"Namun, cabarannya adalah kualiti pemain itu sendiri," ujarnya kepada pemerhati sukan tanah air, Fina Nasrom.

Pengurus Besar Penang FC, Jeffrey Chew. Stadium Astro

Chew juga mengakui tiada garis panduan yang jelas mengenai jumlah gaji yang perlu dibayar kepada pemain.

"Keputusan itu terletak sepenuhnya pada kelab. Jika kami berjaya mencari pemain yang sudi menerima gaji RM10,000 dan mempunyai kualiti yang baik, itu sudah cukup baik," tambahnya.

Selain itu, Chew turut membuka peluang bagi Penang FC untuk mencari pemain baharu yang dapat memperkukuhkan pasukan pada musim hadapan.

Walaupun penetapan gaji menjadi pertimbangan, Penang FC telah menetapkan garis panduan atau tangga gaji yang jelas sejak beberapa musim lalu.

"Kami tidak akan memberikan gaji yang terlalu rendah kerana kami perlu mengambil kira apa yang berlaku di sekeliling.

"Kami akan memberi apa yang kami mampu. Jika pemain selesa dengan tawaran kami, mereka sangat dialu-alukan. Jika mereka merasakan ada pasukan lain yang boleh menawarkan lebih, itu keputusan mereka," kata Chew. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram