[VIDEO] Assist Hector Hevel belum cukup bantu Portimonense raih 3 mata


  • Podium
  • Isnin, 28 Apr 2025

Dengan keputusan tersebut, Portimonense kini berada di tangga ke-14 Liga Divisyen Dua Portugal. — Instagram/portimonense_official

PEMAIN warisan Harimau Malaya, Hector Hevel memainkan peranan penting apabila membantu Portimonense mengekalkan rekod tanpa kalah selepas seri 2-2 dengan Tondela.

Selepas kemenangan ke atas Chaves, anak buah Ricardo Pessoa berhasrat meneruskan rentak cemerlang dengan menjadikan Tondela sebagai mangsa seterusnya.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Municipal de Portimao itu pada Ahad itu, Tondela terlebih dahulu mendahului pada minit ke-23 menerusi jaringan Miro. 

BACA LAGI: Mungkin ke Persis Solo, Ong Kim Swee kongsi ada hubungi Saddil Ramdani

BACA LAGI: Hampir pasti tinggalkan TBG, Luciano tuntut hak dengan pengurusan Perak

Portimonense bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan seminit selepas babak kedua bersambung, hasil gol daripada Paulo Vitor.

Hevel kemudian mencipta hantaran kemas yang disempurnakan oleh Camilo Andres Duran Marquez pada minit ke-72.

Namun, Tondela tidak mudah menyerah dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi Moudja Sie Ouattara.

Situasi itu menjadi lebih mencabar bagi Tondela apabila mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Gabriel Souza dilayangkan kad merah pada minit-minit terakhir perlawanan.

Dengan keputusan tersebut, Portimonense kini berada di tangga ke-14 dengan 34 mata selepas 31 perlawanan Liga Divisyen Dua Portugal.

Hevel, yang menyertai Portimonense pada Februari lalu telah mencatat dua bantuan gol dalam 10 penampilan bersama kelab tersebut.

Selepas ini, Portimonense akan menentang Academico de Viseu pada 3 Mei. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram