
TONGGAK Lion City Sailors (LC), Putri Alyiah Seow yang kini beraksi untuk Liga Perdana Wanita Singapura (WPL) tidak menolak kebarangkalian untuk mewakili skuad kebangsaan jika mendapat peluang.
Menerusi temu bual bersama portal Harimau Malaya, Putri Alyiah terbuka untuk bermain bersama Malayan Tigress namun buat masa ini, dia mahu memberi fokus kepada kelabnya dalam saingan WPL.
BACA LAGI: Kelayakan Piala Asia persiapan terbaik Malayan Tigress ke Sukan SEA — Soleen Al-Zoubi
BACA LAGI: [VIDEO] Selain masalah gaji, Niena Azman cuba intai pemain warisan wanita perkasa Malayan Tigress
"Saya terbuka jika mendapat peluang dan buat masa ini, saya sangat gembira dengan keadaan saya. Jadi, apa pun yang berlaku pada masa akan datang, saya akan mempertimbangkannya. Tetapi sekarang, saya hanya berfokus kepada LCS," katanya memetik temu bual itu.
Dalam video tersebut juga, Putri Alyiah menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai darah Belanda seperti dakwaan penyokong tempatan yang menyangka pemain berkenaan merupakan tonggak campuran.
"Saya sepenuhnya Melayu dan tiada darah campuran Belanda. Saya memang dilahirkan di Netherlands dan saya tinggal di sana selama tujuh tahun," kongsinya lagi mengenai latar belakangnya.
Baru-baru ini, Putri Alyiah tular apabila menyumbat empat gol ketika aksi menewaskan Tampines Rovers 9-2 dalam aksi Liga Perdana Wanita Singapura di Stadium Choa Chu Kang hujung minggu lalu.
Kemenangan itu mengekalkan Sailors di tangga teratas WPL dengan 10 mata daripada empat perlawanan. Putri Alyiah kini berada di tangga kedua senarai penjaring terbanyak WPL dengan lima jaringan setakat ini.
Meskipun ramai mengagumi bisanya di hadapan gol, tonggak berkenaan menganggap ia terhasil menerusi usaha berpasukan semua pemain Lion City Sailors.
“Saya rasa seronok dapat menjaringkan empat gol tetapi kebanyak gol tersebut merupakan gol berpasukan. Hantaran masuk (ke dalam kotak penalti), saya melakukan larian dan dapat menyudahkannya. Ini sebenarnya usaha berpasukan semua pemain,” katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram