
TRENT Alexander-Arnold meraikan kejayaan Liverpool menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan penuh gaya di bilik persalinan Anfield, namun masa depannya bersama kelab itu terus menjadi persoalan selepas spekulasi kuat mengaitkannya dengan perpindahan ke Real Madrid.
Skuad The Reds mengesahkan kejuaraan liga musim ini dengan kemenangan bergaya 5-1 ke atas Tottenham Hotspur pada Ahad di Anfield, Liverpool, England menyamai rekod 20 kejuaraan Manchester United.
Alexander-Arnold yang beraksi di posisi bek kanan memainkan peranan penting dalam kemenangan bersejarah itu.
BACA LAGI: [VIDEO] Arne Slot balas budi, ketuai 'chant' Jurgen Klopp rai Liverpool juara EPL
BACA LAGI: Real Madrid, Newcastle, Bayern Munich kecewakan Liverpool mahu sambar bek muda Sepanyol
Walaupun kegembiraan jelas terpancar dalam kalangan pemain dan penyokong, masa depan Alexander-Arnold di Anfield masih belum jelas selepas pemain berusia 26 tahun itu akan tamat pada penghujung musim ini dan sehingga kini, tiada perjanjian lanjutan dimeterai.
Situasi itu mencetuskan spekulasi perpindahannya ke Real Madrid, dengan kelab Sepanyol tersebut dilaporkan yakin untuk mendapatkan khidmatnya secara percuma. Madrid sebelum ini pernah membuat tawaran pada jendela perpindahan Januari lalu, namun ditolak Liverpool.
Malah, laporan terbaru menyebut Madrid mungkin bersedia membayar sedikit bayaran perpindahan bagi mendapatkan Alexander-Arnold lebih awal untuk menyertai skuad mereka dalam Piala Dunia Kelab FIFA 2025 yang bermula Jun ini.
— Trent Alexander-Arnold (@TrentAA) April 27, 2025
Dalam pada itu, rakan sepasukan Alexander-Arnold iaitu Cody Gakpo juga mengharapkan pemain pertahanan itu kekal bersama skuad kendalian Arne Slot pada musim depan dan tahun-tahun kedepannya.
"Saya rasa skuad ini tidak banyak berubah dari musim lalu, jadi sekarang kita boleh membina kekuatan pasukan. Dengan Mo (Salah) dan Virgil (van Dijk) kekal dan mudah-mudahan Trent juga. Kita boleh terus membangunkan pasukan ini untuk tahun-tahun akan datang," katanya kepada LCTV.
Alexander-Arnold yang berkongsi kegembiraannya dengan memuat naik video sambutan bersama rakan-rakan di platform X, kini meraikan kejuaraan Liga Perdana keduanya bersama kelab zaman kecilnya itu, walaupun masa depannya masih menjadi tanda tanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram