
ANUGERAH Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2024-2025 untuk kategori kesebelasan Fans XI menyaksikan tiga pemain dari Kuching City FC tersenarai sebagai pilihan pemenang.
Mereka adalah tonggak pertahanan, Jimmy Raymond serta dua pemain tengah, Danial Amier dan Fernando Welter.
Menariknya, pemain Brazil, Welter yang turut tersenarai dalam ABK Fans XI sebenarnya pernah menjalani ujian percubaan (trial) bersama Penang FC sebelum menyertai Kuching City.
BACA LAGI: [VIDEO] Faham soalan bahasa Thai, Ubai seperti sudah ada destinasi baharu jika tinggalkan Terengganu
BACA LAGI: Sebelum tercalon di Kedah tapi tiada rezeki, kali ini milik saya — Aidil Sharin
Fernando Welter (dua kiri) tersenarai dalam kesebelasan ABK FANS XI . — Facebook/Kuchingcityfc
Dalam perlawanan persahabatan menentang Perak FC pada musim lalu, Welter menerima pujian daripada penyokong dan turut disebut-sebut sebagai salah seorang pemain yang berada dalam radar Penang FC.
Namun, takdir berkata lain apabila Penang FC memutuskan untuk tidak mengambilnya dalam pasukan bagi musim 2024/2025.
Walaupun begitu, rezeki berpihak kepada Welter apabila Kuching City FC memutuskan untuk membawa pemain kelahiran Brazil berkenaan ke dalam pasukan mereka.
Bersama Kuching City, Welter berjaya membuktikan kualitinya dengan tampil dalam 13 perlawanan dan menjaringkan satu gol.
Keberhasilannya tidak hanya diiktiraf oleh pasukan, malah dia turut terpilih dalam kesebelasan utama pilihan penyokong untuk ABK 2024-2025.
Kisah tersebut dikongsikan oleh palatao_bola di laman Instagram, menyifatkan keputusan Kuching City yang bijak merekrut Welter sebagai satu langkah tepat memandangkan prestasi cemerlang yang dipamerkannya sepanjang musim. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram