
KEPUTUSAN Nur Azfar Fikri Azhar untuk meninggalkan Terengganu FC II dan menyertai Perak FC nyata terbukti tepat.
Bekas ‘ubi muda’ Sang Penyu itu kini tampil lebih menyerlah sejak menyertai Perak FC sejak musim 2023.
Perkembangan positif tersebut menjadikannya pilihan utama di pasukan, berbanding rakan sepasukannya di Terengganu FC II.
BACA LAGI: Siap kemas beg, tak mustahil tonggak Kuching City kembali ke JDT
BACA LAGI: Dicanang ke Selangor FC, fans Gergasi Merah sebaliknya tolak mentah-mentah Saddil Ramdani
Sementara itu, Muslihudin Atiq Mat Zaid masih bergelut untuk menembusi skuad utama Terengganu FC.
Kesukarannya mendapatkan minit permainan membuktikan bahawa persaingan pasukan Pantai Timur itu amat sengit.
Bersama The Bos Gaurus (TBG), Ketua Jurulatih, Yusri Che Lah kerap memberi peluang kepada Azfar untuk beraksi dalam saingan Liga Super.
Bek tengah menyerang Perak FC, Nur Azfar beraksi cukup cemerlang bersama TBG musim ini. — Facebook/Perakfc
Walaupun belum menjadi pilihan utama dalam kesebelasan utama, peluang yang diberikan kepadanya tetap dimanfaatkan sebaik mungkin.
Semangat juang serta komitmen tinggi yang ditunjukkannya di atas padang akhirnya membuahkan hasil, sekali gus membuktikan bahawa pemain berusia 25 tahun itu mampu bersaing dengan pemain senior dan memberi impak apabila diturunkan.
Setakat ini, pemain tengah menyerang itu menjaringkan tiga gol dan mencipta empat bantuan jaringan dalam 26 penampilan liga, satu pencapaian yang cukup membanggakan bagi pemain muda sepertinya.
Sebaliknya, Muslihudin Atiq yang kekal bersama Terengganu FC sukar mendapat minit permainan, malah jarang disenaraikan sebagai pemain simpanan.
Perbandingan itu jelas menunjukkan bagaimana pemilihan pasukan yang tepat boleh membuka lebih banyak ruang untuk pemain muda menonjolkan potensi sebenar mereka. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram