
MANCHESTER United mencipta kebangkitan luar biasa dalam sejarah mereka untuk mara ke separuh akhir Liga Europa pada Khamis.
The Red Devils berjaya menewaskan Lyon 5-4 sebelum mara secara agregat 7-6 dalam perlawanan yang akan kekal dalam ingatan di Old Trafford.
Tandukan dramatik Harry Maguire pada minit ke-121 melengkapkan pemulihan yang menakjubkan selepas United ketinggalan 2-4 dalam masa tambahan dengan hanya berbaki enam minit.
BACA LAGI: Bergson-King Dayo-Kpah dianggap antara 'Raja Gol' dalam sejarah Liga Super
BACA LAGI: Getir bertemu Lyon di Old Trafford, Man United tempang tanpa 7 tonggak
Wow. What a feeling. YOU REDS!!@ManUtd pic.twitter.com/tXOgEazBBu
— Harry Maguire (@HarryMaguire93) April 17, 2025
Selain Maguire, Bruno Fernandes dan Kobbie Mainoo juga menjaringkan gol di saat-saat akhir secara tidak langsung menyelamatkan pasukan kendalian Ruben Amorim daripada ambang kejatuhan.
Pasukan itu kini bakal menentang Athletic Bilbao di separuh akhir Liga Europa.
Kemenangan dramatik itu bagaimanapun berjaya membuatkan air mata jantan Maguire tumpah ketika mengulas kembali perlawanan tersebut.
"Jelas sekali ia adalah permainan yang luar biasa, kami berkerja keras untuknya.
"Kami mempunyai kawalan penuh pada separuh masa kedua, mempunyai peluang untuk menjaringkan gol ketiga dan kemudian mereka menjaringkan gol entah dari mana. Ia meletakkan kami di belakang," katanya.
Pemain pertahanan itu juga mengakui perjuangan United selepas ketinggalan kepada 10 pemain Lyon.
"Untuk tumbang 4-2 dalam masa tambahan kepada 10 pemain tidak cukup bagus, kami terlalu banyak beri ruang.
"Tetapi kami berusaha dan menunjukkan semangat yang hebat, itulah yang dilakukan oleh stadium ini," jelasnya.
Tandukannya yang lewat menyebabkan Old Trafford mengalami kekacauan apabila United mengekalkan harapan Eropah mereka.
Maguire turut menyifatkan detik kemenangannya ketika menjaringkan gol keempat.
"Indahnya perasaan ini. Saya bersyukur dapat menjaringkan gol," tambahnya.
Maguire pada masa sama menolak kemungkinan terdapat kekasaran ketika membuat tandukan.
Tandukan lewat pada masa tambahan melengkapkan kemunculan semula paling dramatik dalam sejarah Eropah United.
Perlawanan itu bagaikan permainan roller coaster dari awal, dengan Manuel Ugarte dan Diogo Dalot membuat jaringan pendahuluan 2-0 sebelum Lyon bangkit melalui Corentin Tolisso dan Nicolas Tagliafico.
Walaupun Lyon diturunkan kepada sepuluh pemain apabila Tolisso dilayangkan kad merah, kelab Perancis itu dapat mengawal masa tambahan.
Rayan Cherki menjaringkan gol yang menakjubkan sebelum Alexandre Lacazette menyempurnakan sepakan penalti untuk menjadikan kedudukan 4-2 kepada Lyon.
Tetapi Fernandes menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-114 sebelum Mainoo menyamakan kedudukan sekali gus membuka pentas untuk kemenangan menerusi tandukan dramatik Maguire. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram